KEPUTIHAN : ANTARA PENYEBAB SUAMI JAUHKAN DIRI

Entri kali ni saya nak sentuh pasal keputihan. Ramaikan wanita di luar sana yang mengalami keputihan? Tak kira semaja, wanita yang dah kahwin dan juga wanita hamil. Saya pun pernah alaminya dan saat itu rasa nak lari jauh jer taknak duk orang ramai. Malu dan rasa rendah diri pun ada. 

Keputihan bukan saja akan membuatkan kita tiada keyakinan malah akan mengganggu hubungan intim suami isteri. Tulah yang menjadi punca si suami dingin dengan isteri dan cuba menjauhkan diri dari si isteri. Sedihkan bila suami layan kita macam tu. Jadi kita sebagai isteri pun tak boleh duk diam jer. Memang kena ambil langkah untuk selesaikan masalah ni. 


Untuk pengetahuan semua penghasilan lendir keputihan tidak semestinya menandakan ada jangkitan kuman. Jadi kita kenal pasti keputihan macam mana yang kita alami. Keputihan yang normal biasa kelihatan jernih, tak berbau dan tiada rasa gatal-gatal dibahagian vagina. Biasanya keputihan normal ni berlaku pada wanita yang datang haid dan wanita hamil kerana qaktu tu berlaku perubahan horman dalam badan. Tapi jangan ambil ringan walaupun keputihan tu biasa. Sebab yang menjadikan keputihan tu teruk sebab anda hanya duk diam dan tidak mengatasinya. 

Keputihan yang terkena jangkitan biasanya kelihatan putih susu pekat dan disertai dengan gatal-gatal pada vagina dan bau yang agak busuk. Kalau tak dibendung boleh menjangkiti saluran kencing dan menyebabkan rasa pedih semasa ingin membuang air kencing.

Antara PENYEBAB KEPUTIHAN Tak Normal

1. Jankitan oleh Kuman Trichomonas - keputihan yang keluar biasa bewarna hijau dan disertai dengan rasa gatal

2. Jangkitan oleh Bakteria Vaginosis - keputihan yang keluar biasanya bewarna kelabu besertakan bau yang kurang enak

3. Jangkitan disebabkan oleh Kulat - jangkitan ini biasa akan mengeluarkan cecair yang bewarna putih @ kekuningan. Ianya berlaku secara berterusan disertai dengan gatal pada bahagian vagina. Jangkitan ni biasa disebabkan oleh kulat CANDIDA @ MONILLIA

4. Jangkitan melalui hubungan seks - jangkitan berlaku dari hubungan seks dimana cecair yang keluar adalah bersifat 'Cheesy', berbau dan bercampur darah

5. Kanser Pangkal Rahim - jangkitan yang mengeluarkan cecair yang biasanya tidak disertai gatal @ bau yang busuk. 

Antara PENYEBAB yang lain

1. Pengambilan ubat-ubat klinik seperti Antibiotik dan ubat yang mengandungi Estrogen

2. Vaginitis Atropik yang timbul pada usia lanjut @ monopause. Biasa cecair akan keluar dan disertai rasa nyilu di bahagian vagina

3. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan Gula yang tinggi.

4. Pemakaian tuala wanita yang tidak sesuai juga akan menyebabkan jangkitan dan penggunan seluar dalam juga mempengaruhi. Pemakaian seluar dalam yang kurang ruang udara boleh menyebabkan masalah keputihan menjadi levih bahaya.

5. Terdapat Benda asing yang berada dalam vagina

Jadi kepada siapa yang mengalami masalah ni janganlah dibiarkan saja. Paling terbaik sya syorkan berjumpa doktor dan dapatkan kepastian serta nasihat doktor sebelum keputihan menjadi lebih parah. 

Untuk yang mencari altenatif lain seperti supplemen saya amat mengeshorkan anda mengambil ALFALFA dari Shaklee bagi mencegah dan mengatasi keputihan anda. ALFALFA terbukti berkesan dalam menyelesaikan keputihan malah sangat bagus diamalkan oleh wanita yang sudah bberkahwindan mempunyai anak. Kerana dalam masa yang sama Alfalfa bertindak sebagai Kacip Fatimah. 

Jom lihat testimoni yang mengamalkan ALFALFA.
KEPUTIHAN: ANTARA PENYEBAB SUAMI JAUHKAN DIRI

Harga sebotol Alfalfa (300biji) RM 53.75
Harga sebotol Alfalfa (700biji) RM 97.50

Boleh hubungi saya untuk dapatkan tentang Alfalfa dan lain-lain produk Shaklee

Wan Jaa
Fb: Af Corner
ID: 932441
0132287224

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT