PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

Mesti dikalangan kita pernah gatal-gatal @ anak-anak kecil yang kena ruamkan? Biasa kalau situai macam nie apa yang anda buat?

Beli krim gatal kat farmasi?
Pergi jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan?
Atau amalkan petua tradisional?

Yang selalu amalkan petua tradisional tu alhamdulillah sebab bagi saya cara tradisional adalah yang terbaik. Tapi saya yakin ramai lagi dikalangan kita masih tidak tahu tips untuk hilangkan gatal-gatal tanpa ubat. Maksud saya secara tradisional. Jadi entri kali ini saya ingin kongsikan petua hilangkan gatal kulit supaya kulit semakin licin dan cantik.

Tapi kena ingat bila cara tradisional dah cuba tapi hasilnya kurang berkesan malah bertambah teruk anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutna. Kalau ianya teruk saya amat syorkan anda berjumpa pakar.Cerita panjang la pulak hingga terlupa motif utama entri ini. Hehe. Apapun jom kita tengok beberapa tips dan cara bagi menghilangkan gatal-gatal yang boleh diamalkan oleh kita semua. Semua nak kulit cantikkan?

1. RUAM PADA ANAK - TEPUNG KANJI

PETUA HILANGKAN GATAL

Ruam biasa terjadi pada kulit bayi iaitu dibahagian celah peha dan bawah leher. Tapi kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak tahu kenapa boleh jadi ruam tu. Mungkin disebabkan pemakaian pampers yang tidak sesuai, penggunaan bedak dan sabun yang tidak sesuai. Pengalaman saya bila anak ruam saya akan hentikan penggunaan bedak dan sabun mandian sebaliknya saya gantikan dengan tepung kanji. Caranya lepas mandikan anak, sapukan tepung kanji di bahagian yang ada ruam tersebut. Buat macam kita pakaikan bedak. Amalkan sehingga ruam itu hilang. Anak saya alhamdulillah dalam masa 2 - 3 hari ruam tu akan hilang dengan hanya menggunakan kanji.

2. BINTIK MERAH DI BADAN

# KUNYIT HIDUP
PETUA HILANGKAN GATAL

Jika digigit nyamuk, kena ulat bulu @ digigit serangga boleh cuba petua nie. Ambil sepotong kunyit kemudian parut kunyit tadi dan masulkan sedikit kapur sireh beserta air. Panaskan bahan tadi atas api sekejap. Lepas tu sejukkan dan bila sejuk bolehlah disapu pada bahagian yang gatal dan berbintik merah tadi. In Syaa Allah dengan izinNYA sekejap jer akan hilang. Anda tak perlu takut. Nak tahu ker tak cuba amalkan.

3. GATAL-GATAL PADA BADAN

# DAUN KUNYIT

Ambil beberapa helai daun kunyit, sedikit asam jawa dan beberapa helai pokok duri semalu. Tumbuk 3 bahan tersebut hingga lumat dan campurkan sedikit dengan garam. Bila dan lumat dan sebati barulah sapu pada tempat yang gatal tadi.

# DAUN RAMBUTAN

PETUA HILANGKAN GATAL
 
Daun rambutan amat sesuai untuk hilangkan gatal pada kulit kepala. Ambil daun rambutan dn dicampurlan dengan 3 gelas air. Seterusnya perah 2 biji limau nipis. Kemudian tapis air tadi dan sapulah di tempat yang gatal tadi. Biarkan selama lebih kurang 15 min supaya ianya menyerap ke seluruh kulit kepala. Selepas tu bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik amalkan 2 minggu sekali.

# TEPUNG SAGU
PETUA HILANGKA GATAL
 
Amat sesuai untuk hilangkan gatal-gatal akibat peluh. Caranya sangat mudah. Ambil 1 sudu besar tepung sagu dan campur sedikit air. Titiskan 4 titik cuka dan kacau sebati. Seterusnya bolehlah disapukan pada tempatnya. Amalkan setiap hari hingga gatal hilang. Jangan ingat semua bahan ni hanya boleh digunakan untuk masak jer tau. Sebenarnya ianya lebih membantu kita untuk menghilangkan penyakit. So apalagi, lepas ni kalau anak-anak dapat ruam, gatal-gatal, kudis apa kata cuba cara tradisional dulu.

Senangkan ?? Nie pun hasil saya google dan bacaan saya. Itu baru sikit tau dan saya harap ianya dapat membantu kita semua.

Tapi kalau rasa petua nie macam susah dan tak ada masa boleh hubungi saya. Nanti saya akan bagitahu apa cara yang mudah tu. Tapi yang penting bukan ubat tau.

Ingin menyelesaikan masalah gatal-gatal dengan vitamin Shaklee? Saya akan cadangkan vitamin yang sesuai untuk anda. hah apa yer vitamin Shaklee yang boleh hilangkan gatal-gatal pada kulit tu yer ? Tentutnya HERBA BLAND SHAKLEE. Krim ajaib inilah yang sentiasa ada bersama saya sekeluarga sehingga sekarang. Ke mana pergi akan sentiasa bawa.
 
PETUA HILANGKAN GATAL
 

Ingin dapatkan HERBA BLAND SHAKLEE ? tidak perlu bimbang? Boleh terus hubungi saya sekarang. Saya merupakan pengedar sah Shaklee Kota Bharu. Untuk yang inginkan COD pun tidak menjadi masalah.

PEGEDAR SAH SHAKLEE KELANTAN



Comments

  1. bnyk rupenye petua tradisional ni kan :)
    kadang bila dh kene masa tu kalut tak tahu nk buat apa..last2 g je bli cream kt farmasi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sya dh cuba yg daun kunyit,daun duri semalu,sedikit asam jawa dan sedikit garam...alhamdulillah mnjdi...gtal2 kt bdan dh hlng...sya bru ja cuba td...apa pn trima ksh petua tradisional ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gatal2 di tangan dn jari2..boleyy ke guna..

      Delete
  7. Alhamdulillah puan. Semoga ianya bermanfaat utk semua.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT