DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI DAN BIJAK
Bila tengok anak-anak tidur rasa skejap jer mas berlalu. Dari 9 bulan hamil sampai la sekarang. Melayan kerenah anak sangatlah mencabar. Kadang-kadang pelik sebab anak-anak bila berada dengan pengasuh kerenahnya biasa saja tapi bila bersama ibu memang kerenahnya menjadi-jadi.
Sebab itulah saya sejak anak dalam perut lagi saya dah bercakap dengan mereka dan sampai sekarang saya amalkan doa untuk mereka. Doa yang saya selalu amalkan adalah untuk lembutlan hati mereka dan doa untuk anak bijak.
Biasa semasa anak baru tidur-tidur ayam saya akan amalkan bacaan BISMILLAH 5, AYAT KURSI dan SURAH THOHA. Lepas tu saya akan katakan yang positif untuk mereka. Saya juga bacakan Surat Thoha (ayat 1 - 5) dalam air minuman mereka. Alhamdulillah mereka mudah mendegat kata dan mudah faham apa yang saya dan babanya cakap.
Surah Thoha ayat 1 - 5
Ibu-ibu kat luar sana boleh jupa bacakan doa nie untuk anak-anak. Cubalah In Syaa Allah memang berkesan. Kalau boleh yang dah amalkan teruskanlah sampai mereka besar.
Sebelum terlupa ada 1 doa yang saya amalkan semasa untuk kejut anak bangun dari tidur. Pada mulanya ianya terjadi dengan tidak sengaja sebab anak kedua saya Babanya selalh kejut sengan memberi salam. Anak hampir 4 bulan baru saya tahu bahawasanya adalah bagus mengejut anak dari tidur dengan salam. In Syaa Allab hidul anak kita seharian akan diberkati.
Lovely
Wan Jaa
Comments
Post a Comment