CABARAN 7HARI BERBLOG, DAY 4: VITAMIN SHAKLEE YANG PERTAMA SAYA MAKAN

Assalamualaikum semua. Yang mana dah baca entri saya lepas terima kasih banyak-banyak. Entri kali nie rasa best sikit sebab hari nie kena cerita pasal Shaklee. Jadi saya nak share bagaimana saya boleh kenal dengan Shaklee ni seterusnya makan dan akhirnya jadi pengedar Shaklee.

Perkenalan dengan Shaklee bermula pada bulan Nov 2012.Masa tu baru start hamil untuk anak kedua. Tak ada seorang pun yang saya kenal dalam Shaklee ni. Saya jumpa pun dalam google je. Tapi Alhamdulillah mula-mula beli terus saya masuk ahli. Tak ada niat nak buat bisnes pun sebab makan adalah untuk kesihatan anak dalam kandungan. Alhamdulillah sekarang dah mula buat bisnes kecil-kecil.

Jadi vitamin Shaklee yang pertama saya ambikl ialah Set Hamil Shaklee. Set ini terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vita C Plus dan Ostematrix.


VITA LEA

Merupakan sumber zat besi terbaik yang penting untuk pembentukan darah & sel. Ianya lengkap dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Sebiji Vita Lea akan memberikan anda tenaga selain itu dapat menyuburkan kulit,rambut,kuku dan otot. Vita lea amat penting untuk kanak-kanak, ibu hamil,ibu menyusu dan mereka yang sedanh pulih dari sakit.

B COMPLEX

Penting untuk badan kerana ianya membantu dalam pembebasan tenaga dan lemak. Merupakan supplement anti stress dan dapat mencegah anemia yang boleh menyebabkan letih.B Complex juga menggalakkan kesihatan jantunf, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat. Amat digalakkan untuj ibu yang mengamalkan pil perancang.

VITA C

Membantu penghasilan kolegen yang merupakan anti-oksidan semulajadi. Mengekalkan intergriti sel dan menggalakkan gusi, gigi,tulang,otot dan salur darah supaya sentiasa sihat. Jadi yang nak kulit cantik amat sesuai diamalkan.

OSTEMATRIX

Merupakan supplement kalsium dan magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Mengandungi lebih dari kalsium. Untuk pengetahuan anda kekurangan magnesium boleh mengganggu aktiviti elektrik dalam otak dan akan menyebabkan tidur terganggu. Ianya sangat penting bagi ibu hamil kerana ostematrix akan mengurangkan symptom PMS seperti kembung, kejang dan bengkak kaki yang selalu dihadapi oleh ibu hamil.

Alhamdulillah dengan pengambilan Set HAMIL Shaklee, tempoh kehamilan saya berjalan dengan baik. Bukan saja alahan tiada malah tenaga berpanjangan setiap hari sampai la tiba masa bersalin.

Tempoh Hamil yang paling indag bersama Shaklee.

Lovely
Wan Jaa




Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA