CABARAN 7 HARI BERBLOG, DAY 1: 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA
Fuhhh...
Penat tiba-tiba nak fikir apa yang menarik tentang saya saya nie. Tapi sebab menyahut cabaran 7 hari berblog nie jadi terpaksa juga korek-korek apa perkara yang menarik yang ada pada saya.huhuhu..
Menarik ker saya nie? Tapi kalau yang dah kenal dan rapat dengan saya memang diaorang akan kata saya nie menarik..hihihi..perasan la lak.. Ok la jom kita teruskan pada entri hari ni.
FAKTA 1 : Saya suka MENJAHIT MANIK dan pernah mangambil upah menjahit manik sebagai side income selepas tamat belajar
Hah ini dia..ada yang tahu ker? Yang kenal rapat memang dah tahu la. Tapi kalau yang kenal dizaman kerja memang dorang tak tahu. Berasal dengan minat last-last dapat jadi income. Saya nie nampak jer kasar sikit tapi tangan halus. Orang kelate oyak "tange ada patat siput"..hihihi. Alhamdulillah skill yang Allah bagi tapi sekarang jarang buat sebab tak ada masa. Tapi masih buat untuk diri sendiri jer. Nak tengok ker hasil kerja tangan saya?
Taraaaaa....
Nak Tempah ??? Sori Tempahan ditutup buat masa sekarang..kikiki
FAKTA 2 : Disebalik KEAYUAN sebenarnya saya adalah pemegang BLUE BELIT Taekwando GTF
Terkerjut ker ? Hahaha mesti tak cayakan dengan badan kurus dan kecik nie ada tali pinggang biru? Tapi sampai situ jer. Lepas habis SPM saya dah tak berapa aktif dalam seni bela diri ni. Frust jugak sebenarnya sebab tak habiskan sampai tali pinggan hitam tapi tula sekarang nak sambung balik memang tak tersambung la. Sekarang nie asyik bertaekwan-da dengan hero dan heroin kat rumah jer. Lagi lah bertambah kurus kering..kikiki
Tapi saya suka aktiviti lasak macam nie sebab ianya banyak menyihatkan tubuh badan. Best sangat rasa tubuh bila dapat bertaekwan-do nie. Semua tulang-tulang lembut jer. Rindu juga nak bertaekwan-do semula tapi bila ? Biarlah masa yang menentukan..kikiki
Cuba cari mana saya ? Jumpa tak ? hihihi.. Tak adalah. Tu gambar dari google. Saya punya koleksi tak jumpa cari.
FAKTA 3: Saya GARANG tapi sebenarnya MANJA dan PENYAYANG
Werkkkkk.... Puji diri sendiri ker apa nie ?
Betul ker nie. Tapi itulah yang best friend saya cakap dan yang paling penting my Hubby pun ada cakap. Kat rumah memang saya la yang paling garang. Suka marah-marah my hero & heroin tapi yang marah-marah tu la yang diorang bertiga sayang.hihihi.Yer la mulut jer kuat hati lembut. Kalau tengok muka pun ramai yang cakap saya nie garang sebab saya jarang senyum, cakap pun macam nak makan orang jer.Tapi bila dah kenal baru diorang tahu siapa saya sebenarnya.Disebalik kegarangan tu rupanya ada sifat manja dan penyayang.Chewahhh..Tq my Hubby kerana terima kegarangan saya nie. hihihi.
Rasanya cukup lah 3 Fakta Menarik Tentang Diri Saya yang orang ramai tak tahu. Jadi semua yang baca entry nie dah tahukan? So mesti ada yang tergelak dan tersenyumkan? hihihi. saya sendiri pun nak tergelak untuk menyiapkan entry nie...
Apapun terima kasih kepada yang sudi melawat dan membaca blog saya nie. Nanti kita jumpa lagi di entry seterusnya. DAY 2 next....
Nikmatnya hidup .....Terima kasih Allah
Wan Jaa
Comments
Post a Comment