Sambutan hari lahir di sekolah

8/8/2018 cukup 5thn hero ibu. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Abe ngah ni anak Shaklee tau sebab sejak dari perut lagi dah kenal dengan Shaklee. Biasa setiap tahun sambutan hari lahir dia kami sambut dekat rumah jer tapi kali ni kami plan buat di sekolah.

Ni lah satu-satunya my boy buat masa ni.. hehe


Seronok bukan main dapat sambut hari lahir dengan kawan-kawan dan cikgu. Walaupun dia malu sebenarnya. Ibu buat yang simple jer. Bihun goreng, kek yang bertemakan 4x4 dan doorgift untuk kawan-kawan. 



Kek ni homemade oleh sayya sendiri. Alhamdulillah boleh la buat untuk anak-anak makan. Cuba la buat memang takkan menyesal. Rasanya mace indulgance gitu.hehe. Pada yang nak cuba ni resepinyer.

Bahan Kek

250gm coklat sponge cake
4biji telur Gred A
65ml air
65ml minyak masak

Bahan Krim

2 cwn fresh cream (saya guna brand vivo)
Whipping Cream
Coklat Masakan (saya guna gold coin yang milk)

Cara-cara
1. Putar bahan kek tadi kecuali minyak. Putar hingga kembang. bila dah kembang masukkan minyak dan putar sehingga sebati.

2. Bakar pada suhu 160' celcius selama 45min. Jangan lupa alas dahulu loyang dengan kertas minyak yer.

3. Dah masak ketepikan dulu. Biar kan sejuk.

4. Sementara tunggu kek sejuk. Putar fresh krim hingga kental. ( kental maksudnya bila terbalikkan bolw tu, krim tu tak jatuh). Bahagi krim tersebut pada 2. 1 letakkan coklat masakan dan 1 lagi biar ianya putih.

5. Double boil whiping krim. bila dah panas masukkan coklat masakan. kacau rata.

6. Dah siap krim dan coklat masakan. Belah kek kepada 3 bahagian. Lapisan pertama kek letakkan krim coklat.Lepas tu letak kek kedua sapukan dengan krim putih. Letakkan kek ketiga sapukan dan ratakan semua krim coklat pada keseluruhan kek.

7. Bekukan sekejap selepas tu curahkan coklat masakan keseluruh kek. deco seperti mana yang anda mahu. sejukkan dale peti boleh 3 4 jam. Potong dan boleh teru makan..

Ok tak? kalau rasa resepi berbelit-belit dan tak faham boleh pm saya k. 😊

Kek akan kelihatan macam ni 😊

Pada yang suka kek memang takkan tengok saja kan? hehe. Tak per kalau dah rasa  badan dah naik gara-gara makan kek boleh hubungi saya untuk dapatkan SET KURUS SHAKLEE. 

Pengedar Shaklee Kota Bharu
ID : 932441
FB: Wan Nurhasliza Wan Taib
wasap/0139141123

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA