PETUA UNTUK HILANGKAN KUNING BAYI: APA RAWATAN PATUT IBU BAGI ?

Penyakit kuning atau dalam term perubatan dikenali sebagai Jaundis adalah penyakit yang biasa melanda bayi terutama bayi baru lahir iaitu dari hari pertama lahir lagi. Walaupun ianya adalah penyakit biasa namun masih perlukan rawatan insentif dari pegawai perubatan bagi memulihkan penyakit ini. Ada tak sebarang petua untuk hilangkan kuning bayi ni ?
Hari ke 6 masih tinggi kuning

Bagi ibu bapa yang dapat tahu bayi mereka ada penyakit kuning sejurus dilahirkan, pastinya merunsingkan dan membimbangkan. Macam-macam yang akan difikirkan. Betul tak? Bahaya atau tak penyakit kuning pada bayi ini sebenarnya ? 

Pengalaman saya sendiri baru jer 3 bulan lepas mengalaminya. Bayi yang dilahirkan secara CZER disahkan ada penyakit kuning pada hari kedua lahir. Walaupun tak tinggi tapi doktor sudah mula membuat pemantauan bagi memastikan kuningnya tidak semakin naik. Kuning bayi saya terus ada walaupun dah balik rumah. Bimbang semestinya sebab kuning nya berlanjutan sehingga hari ke15. Nanti saya akan ceritakan apa yang kami lakukan bagi memastikan kuning anak kami turun ke paras yang normal.

APAKAH PENYAKIT KUNING PADA BAYI ?

Penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kekuningan dan matanya kelihatan putih.
Ia disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.

Bilirubin pula ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah.

Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin dari badan janin. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini.

Kalau hati bayi belum berkembang sepenuhnya, ia tidak akan dapat melakukan proses ini dengan berkesan.

Apabila bayi lebih tua dan jumlah sel darah merahnya semakin menurun, tahap kekuningan pada bayi juga akan berkurangan. Ini biasanya mengambil masa 1-2 minggu selepas kelahiran.

Mula-mula wajah bayi anda akan menjadi kekuningan, kemudian dada, perut, dan akhirnya tangan dan kaki. Keadaan ini sukar dikesan jika bayi berkulit gelap dan hanya dapat dilihat di bawah sinar matahari.
Jika doktor mengesyaki bayi mempunyai penyakit kuning, dia akan memeriksa tahap bilirubin dalam badan bayi melalui ujian darah. 

( Kredit:The AsianParent Malaysia ) 

PETUA UNTUK HILANGKAN KUNING BAYI
  • Penyusuan secara KERAP
 Yes.Penyusuan secara kerap untuk menurunkan kuningnya.Menyusu sekerap yang mungkin. Kalau boleh 1-2 jam sekali. Bunyi macam senang jer kan. Namun ada lagi kes bila ke klinik keesokkan harinya, kuning masih tak turun-turun walhal si ibu dah menyusu anak sekerap yang mungkin.

Gambar google

Rupanya ibu menyusu dengan cara yang salah. Di mana bayi hanya menghisap puting bukannya menelan sþusu tersebut. Sebab itulah kuning bayi tidak turun-turun.Oleh itu ibu perlu memastikan lekapan penyusuan yang betul dan memastikan bayi tersebut mendapat susu yang cukup.
  • Penjagaan Emosi yang STABIL
 Emosi yang tenang dan gembira adalah penting dalam penghasilan susu ibu. Jadi pastikan ibu tidak stress yer. Tapi sah-sah lah ibu-ibu akan stress sebab duk fikirkan bayi yang ada kuning tu kan. Bila mempunyai perasaan macam ni, ia akan mengganggu hormon bagi menghasilkan susu yang lancar.

Sebab itulah ibu-ibu kena banyak membaca tentang penyakit kuning ni. Bila dah tahu serba sedikit, kerisauan itu akan hilang dan sekaligus akan membantu penghasilan susu badan menjadi baik dan lancar.
  • Pemakanan Yang Berkualiti dan Seimbang

Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat. Yang sesuai untuk penghasilan susu yang banyak. Sekarang ni pun banyak terdapat supplement yang membantu dalam penghasilan susu yang baik dan banyak. SET MENYUSU SHAKLEE pun sesuai diamalkan. Ianya bukan sahaja untuk penyusuan malah membantu ibu-ibu dari merasa STRESS bila dapat tahu susu badan berkurangan. 

Jadi dari hari pertama berpantang ibu-ibu wajib memastikan perihal makanan terjaga dan mengambil makanan yang betul-betul berkhasiat. 
  • Pancaran LAMPU sinaran ULTRAVIOLET
Biasa pancaran lampu sinaran untraviolet ini dilakukan semasa berada dihospital. Ianya adalah salah satu cara yang terbaik bagi menurunkan kadar kuning bayi. Sinaran ultraviolet ini selamat dan tidak merbahaya. Jangan bimbang. Biasa selepas menggunakan sinaran lampu ni 2-3 hari kuning bayi akan turun. 
My baby hari ke4

Walaupun bagaimanapun masih ada yang menggunakan cara tradisional pada bayi mereka bagi menghilangkan kuning bayi. Antaranya memandikan bayi dengan daun teh cina, bagi minun anggur hitam, bagi minum sengkuang cina dan juga air kepala ( semua ini hanya dalam kuantiti sedikit ) sekadar ikhtiar. Tidak digalakkan memberi bayi meminum dengan kuantiti banyak kerana ini akan mengganggu penyusuan kerana semua ni akan membuatkan bayi mudah kenyang. Apapun settiap ibu ayah saya tahu inginkan yang terbaik untuk anak mereka. 

Tapi sekiranya kuning bayi masih tidak turun segeralah bawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Fakta penyusuan : Jika bayi kerap KENCING, kuning akan LAMBAT dikeluarkan. Tetapi sekiranya bayi kuat BERAK kuning akan CEPAT TURUN.

Semoga info ini akan membantu ibu-ibu semua.

Pebgedar Shaklee Kota Bharu
Jaa (013.9141124)
FB: Wan Nurhasliza Wan Taib
ID Shaklee: 932441

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT