10 TIPS BALIK KAMPUNG DENGAN SENANG HATI DI MUSIM RAYA

Asal jer cuti mesti nak balik kampung. Asal jer raya mesti balik kampung. hehe. Itulah lumrah hidup anak perantau. Pantang ada cuti mesti ingin balik kampung samada jumpa ibu bapa mahupun keluarga tercinta.

Tapi pernah tak korang ambil kira rumah, kucing , tanaman yang ada dekat rumah korang tu? Mesti kena ambil tahu kan. Takkan la main redah balik macam tu jer kan. 

Sempena musim raya ni, tips balik kampung sentiasa menjadi perhatian. Samada hari raya Puasa, Raya Cina, Deepavali @ Krismas. Sebenarnya banyak tips yang boleh korang ikuti sebelum balik kampung seperti tips keselamatan rumah dan juga tips memandu. 

10 Tips Balik Kampung dengan senang hayi dimusim raya

  1. Sediakan pakaian 2 hari sebelum bertolak. Kemas semua pakaian yang penting terutama baju raya. Kang tertinggal tal pasal-pasal raya dengan air mata. Persediaan awal ni ubtuk memastikan semua keperluan yang hendak diguna time raya tidak tertinggal
  2. Bawa telefon bimbit. Yang ni saya pasti takkan ada yang tertinggal tapi kita tak tahukan. Bila kekalutan berlaku yang ni pun akan tertinggal. Jadi untuk elak dari tertinggal list kan juga k. Telefon ni penting bila masa ada kecemasan seperti kereta rosak @ kemalangan. Jadi pastikan bill telefon semua sudah dibayar dan kredit mencukupi sebelum bertolak balik.
  3. Bersihkan rumah. Yang ni sememangnya ibu-ibu takkan tinggal bersepah yer. Balik kampung bukan sehari tu. Bila dah balik kampung sah-sah seminggu so pastikan kawasan rumah samada dalam @ luar bersih. Pastikan sinki tak ada sisa-sisa dan bilik air terutama yang ada kolah supaya keringkan kolah sebelum balik kampung. Untuk elak pembiakan nyamuk.
  4. Servis Kenderaan. Periksa kondisi enjin kereta, periksa tekanan dan bunga tayar, gas penyaman udara, pengelap cermin dan juga lampu supaya semuanya berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan paras air bateri dan paras minyak hitam.
  5. Simpan barang-barang beharga dengan baik. Barang seperti emas, buku bank, geran tanah dan geran kereta disimpan ditempat yang selamat. 
  6. Tutup kepala tong gas. Pastikan tong gas ditutup yer. Inj untuk mengelak kebocoran gas semasa tempoh kita bercuti.
  7. Matikan suis elektrik. Pastikan semua suis dan juga plug-plug ditutup. Plug pengecas pun perlu dibuang dari soket. Peti ais kalau boleh bersihkan semua supaya tak ada barang dalam peti dan tutup suis peti untuk penjimatan elektrik
  8. Pasang lampu rumah. Untuk keselamatan seboleh-bolehnya letak lampu automatik dirumah anda. Lampu ni berfungsi bila di waktu gelap sahaja dan bila siang ianya akan  tertutup
  9. Pesan kepada jiran. Pasti ada jiran yang tak balik raya time kita balik kampung. Jadi seeloknya pesanlah pada mereka supaya mereka tolong tengok-tengokkan rumah kita. Ada sesuatu yang mencurigakan boleh terus report polis dan telefon kita. 
  10. Bawalah Vitamin @ ubat-ubat semasa balik kampung. Almaklumlah bila dikampung aktiviti anak-anak dah menjadi lasak. Main panas kejar ayam semua tu wajib. Jadi sebagai protection bawalah bekalan vitamin bagi mereka. 

Krim ni kena bawa tau. Untuk masalah kena gigit nyamuk @ serangga memang amat berkesan.

Bagi ibu ayah bawalah LECITHIN dan OSTEMATRIX sekali. Yelah bila musim raya ni macam makanan kita bantai. Dari pagi hingga malam asyik makan jer. Jadi Lcithin boleh bantu kita buang toksin akibat makanan yang kita ambil tadi. Pasti sah-sahlah raya banyak ziarahkan. Kena hadapi jem lagi. Jadi makanlan Ostematrix untuk elak sakit tubuh, sakit lutut dan lengoh-lengoh badan. 

Semoga 10 tips balik kampung dengan senang hati ni memberi manfaat pada semua. 

Selamat bercuti dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA pada seluruh ummat Islam. semoga Ibadah Qorban kita tahun inj diberkati. Aamiin

Sebarang pertanyaan dan pembelian Shaklee boleh hubungi saya Jaa. Pengedar sah Shaklee Kelantan. 0139141124

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT