OSTEOPOROSIS : CEGAH SEBELUM TERLAMBAT
Kita sering bertemu orang tua terutamanya wanita berbadan
bongkok. Adakala bongkoknya bagaikan merukuk sehingga sukar berjalan? Dan kebanyakan
kita membuat andaian, tua dan bongkok itu adalah sinonim. Ia merupakan proses
biasa yang akan dilalui bila usia tua. Sebagaimana kulit berkedut seribu, badan
menggelebeh, rambut sejemput beruban putih, rongak, tulang juga mesti rapuh dan
lemah.
Tetapi sedarkah anda yang hakikat sebenarnya, orang tua itu diserang
osteoporosis. Gejala osteoporosis ini bukan ditakuti kerana keadaan tulang yang
rapuh dan lemah tetapi kesan tulang yang mudah patah. Sudah banyak kes orang
tua yang menderita osteoporosis patah tulang pinggul, pergelangan tangan dan
paling ditakuti patah tulang belakang. Kehadiran osteoporosis hampir tidak
diketahui. Diam-diam ia merayap bersama waktu sehingga apabila kita
menyedarinya, ia sudah terlambat.
Osteoprosis kini didapati sebagai salah satu masalah
kesihatan paling ketara di negara negara maju. Kebanyakan pesakit patah tulang
ini bergantung hidup pada orang lain kerana mereka tidak mampu berjalan. Di
dalam kes lebih parah, penderitaan biasanya berakhir dengan kematian. Terlalu
sedikit peratus individu patah tulang dapat disembuhkan.Kos membiayai
osteoporosis juga tinggi.
Walaupun osteoporosis bagaikan kurang diendahkan tapi sejak kebelakangan
ini kesedaran tersebut semakin meningkat.Seminar dan ceramah mengenai
osteoporosis dianjurkan dengan tujuan mendidik masyarakat supaya prihatin
dengan masalah berkait usia tua ini. Meskipun golongan muda turut mengalaminya
kerana beberapa sebab.Osteoporosis perlu diberi perhatian serius kerana patah
tulang pinggul ini lebih banyak menderita daripada barah payu dara @ pun barah
rahim.
Biarpun sudah banyak yang mengetaui apa itu osteoporosis
tetapi masih banyak yang belum mengenali penyakit ini hingga ke akar umbi.
Apakah sebenarnya yang disebut osteoporosis? Bagaimana ia terjadi dan siapakah yang
berisiko mendapat osteoporosis?
Apakah Osteoporosis ?
Keseluruhan badan kita disangga oleh tulang rangka. Terbentuk
daripada 206 tulang, ia merupakan salah satu tisu badan paling kompleks. Ia
mempunyai dwitugas iaiut sebagai pelindung dan penyokong. Tulang rangka juga
menjadi pusat pengeluaran sel darah dan menyimpan 99% kalsium tubuh. Meskipun
tulang pada zahirnya keras, ia sebenarnya terdiri daripada tisu - tisu hidup.
Tulang terdiri daripada dua jenis. Tulang bahagian luar yang bersifat keras
disebut cortical sementara trabecular adalah bahagian dalam yang
lembut. Ia dipenuhi kolagen yang mengandungi mineral terutamanya kalsium dan phosphate.
Tulang melalui kitaran tersendiri yang disebut proses pembinaan atau
pengeluaran semula (remodelling). Dua sel yang memainkan peranan dalam
pembentukan dan penyingkiran tulang adalah sel osteoblast dan osteoclast.
Osteoblast membina tulang dan osteoclast
menyingkirkannya ke dalam aliran darah. Proses ini berterusan sehingga
tulang mencapai puncak jisim tulangnya (peak bone mass). Proses ini juga
berlaku berbeza mengikut tahap dan usia. Ketika kanak-kanak proses pembinaan
berlaku lebih pantas daripada penyingkiran. Dan sewaktu remaja, peningkatan
aras hormon menggalakkan penimbunan tulang baru terutama pada tulang luar (cortical).
Walaupun pembinaan tulang baru masih berterusan pada awal dewasa, ia lebih
bertumpu pada jenis tulang kedua iaitu trabecular. Hasilnya ketumpatan
tulang bertambah.
Mengelakkan osteoporosis
Kehadiran osteoporosis tidak disedari. Ia merayap
perlahan-lahan di dalam tubuh manusia. Kedatangannya hanya disedari setelah
kita mula menderitai beberapa gejala seperti sakit belakang. Otot-otot berasa
lemah dan diikuti rasa tidak selesa serta tidak bermaya. Kemudian apabila
jatuh, anda mudah patah pergelangan tangan, tulang belakang, tulang paha
ataupun punggung. Penyakit tulang rapuh ini juga berkait rapat dengan cara
hidup kita seharian.
Tetapi faktor semula jadi seperti keturunan, hormon, terlalu
kurus, jantina serta etnik bangsa juga menjadi penyebab. Sekiranya anda wanita,
risiko untuk mendapat osteoporosis jauh lebih tinggi daripada lelaki kerana
ketiadaan hormon estrogen selepas putus haid. Mereka yang berbadan kurus juga
berisikolebih tinggi daripada yang gempal. Gaya hidup tidak sihat seperti mengambil
makanan tidak seimbang terutamanya kurang kalsium, merokok, minuman alkohol
serta tidak bersenam akan merapatkan anda dengan osteoporosis pada usia tua
kelak.
Jadi apa yang boleh ELAK dari OSTEOPOROSIS ialah pengambilan
kalsium mencukupi yang disertai dengan senaman adalah pencegahan paling
berkesan mengatasi osteoporosis. Otot-otot yang tidak diaktifkan akan lemah dan
pengurangan jisim tulang akan berlaku. Kalsium dengan bantuan Vitamin D untuk
menyerapnya boleh didapati dengan mengambil makanan yang kaya sumber protein
terutamanya susu. Disebabkan peringkat kanak-kanak dan remaja, proses pembinaan
tulang sedang giat berjalan, mereka perlu mengambil sebanyak mungkin kalsium
dalam pemakanan. Ini disebabkan apabila umur meningkat, proses pembinaan tulang
berkurangan dan kemudian berhenti. Banyak yang keliru mengatakan tidak perlu meminum
susu atau mengambil kalsium lagi setelah usia mencecah 35 ke atas kerana
kalsium ini tidak lagi ditimbunkan menjadi tulang. Memang benar tetapi jika
pengambilan kalsium diberhentikan, tubuh akan 'mencuri' simpanan kalsium yang
anda 'tabung' sewaktu kanak-kanak dan remaja dahulu. Jadi bayangkan apabila
simpanan kehabisan.
KALSIUM dan kepentingannya
Kalsium diperlukan untuk mengekalkan tulang serta mengekalkan
jumlah yang kecil tetapi tetap di dalam darah. Kalsium akan hilang melalui buah
pinggang, kulit (berpeluh) serta najis. Tulang ini menjadi 'bank' kepada
kalsium. Jika kita tidak menyimpan cukup kalsium, kita akan mengeluarkan
kalsium simpanan sehingga akhirnya ia memudaratkan diri. Keperluan kalsium
bergantung kepada individu. Kanak-kanak, remaja, ibu mengandung dan menyusui
memerlukan lebih kalsium. Sebaiknya ambillah kalsium daripada sumber makanan
yang kaya dengan galian tersebut. Susu dan bahan tenusu adalah sumber terbaik
kalsium. Selain kalsium, badan memerlukan vitamin D untuk membantu menyerap
kalsium. Sumber vitamin D semulajadi adalah cahaya matahari.
Kategori
|
Umur
|
Kalsium
(MG)
|
Kanak-kanak Lelaki
|
8 -11 thn
|
800
|
12 - 15 thn
|
1200
|
|
16 - 18 thn
|
1000
|
|
Kanak-kanak Perempuan
|
8 - 11 thn
|
900
|
12 - 15 thn
|
1000
|
|
16 - 18 thn
|
800
|
|
Lelaki Dewasa
|
19 - 64 thn
|
800
|
64 thn ke atas
|
800
|
|
Perempuan Dewasa
|
19 - 54 thn
|
800
|
54 thn ke atas
|
1000
|
|
Wanita hamil
|
1100
|
|
Wanita menyusu
|
1200
|
Bagaimana mencegah Osteoporosis ?
1) Bersenam menjauhkan osteoporosis
Setelah anda mengambil kalsium secukupnya untuk keperluan
tubuh, tidak merokok, tidak mengambil minuman merokok tubuh perlukan senaman.
Senaman bukan sahaja menyihatkan kesihatan secara menyeluruh tetapi ia dapat
menguat serta menambahkan jisim tulang.Semua jenis senaman sesuai untuk
kekuatan tulang terutamanya senaman weight bearing seperti berenang, berjoging,
areobik, senaman lantai dan berjalan pantas). Selain itu senaman yang dapat
meregangkan otot dengan membuat pergerakan khusus pada bahagian leher, kaki,
bahu, tulang belakang, lengan, kaki dan anggota tubuh lain juga dapat
menguatkan tulang anda.
Sekiranya anda tidak pernah bersenam, mulakanhari ini dengan
perlahan-lahan. Sebagai permulaan anda boleh bersenam 30 hingga 60 minit
sebanyak tiga atau empat kali seminggu. Bersenam juga perlu mengikut keupayaan
diri. Kemudian perlahan-lahan tambahkan darjah mengikut ketahanan tubuh. Jangan
memaksa jika anda berasa sakit dan tidak selesa. Pakaian senaman terutamanya
kasut sesuai mesti diambil kira. Penting bagi anda memanaskan dulu badan (wann
up) sebelum bersenam dan kemudian redakan (cool down) setelah selesai.
Sebaiknya latih anak-anak pada gaya
hidup sihat. Bersenamlah dengan mereka supaya kegiatan ini akan membudaya dalam
diri mereka. Apalagi ketika kecil dan remaja tulang sedang giat bekerja untuk
bekalan hari tua.
2) Rawatan osteoporosis
Seperti yang sering diingatkan, pencegahan jauh lebih baik
daripada rawatan. Lebih-lebih lagi dalam kes merawat osteoporosis. Osteoporosis
tidak ada lampu kuning yang memberitabu kita supaya bersedia atau berjaga-jaga.
Apabila usia anda 50 ke atas dan anda mula berasa sakit-sakit bahagian
belakang, eloklah berjumpa doktor. Doktor boleh membuat analasis mengukur
ketumpatan tulang kita. Biasanya apabila mencapai usia 60, bahagian belakang
tubuh kelihatan sedikit membongkok dan ia berterusan jika tidak dirawat. Bagi wanita, perubahan ini amat ketara setelah menopaus. Pun
begitu, selagi anda tidak mendapat kecederaan teruk kerana patah tulang
pinggul, tulang belakang atau tulang paha anda masih boleh merawat tulang poros
ini dengan mengambil kalsium mengikut keperluan tubuh. Seandainya anda tidak mampu memperoleh kalsium daripada diet harian, pil
tambahan kalsium dapat membantu. Beberapa pil lagi seperti calcitriol (vitamin
D) dan hormon parathyroid di katakan dapat membantu osteoporosis.
Jika anda inginkan vitamin semulajadi, Vitamin Shaklee ada untuk mengatasi risiko osteoporosis. Malah dengan Ostematrix anda akan dapat lebih dari kalsium. Magnesium, Vitamin D, Boron semua sudah ada dalam Ostematrix.
PERINGATAN !!
*** Elakkan mengambil terlalu banyak mengambil kopi, teh, coklat,
kerana ia membantu kehilangan kalsium. Selain itu kurangkan garam, terlalu
banyak protein kerana protein berlebihan mengurangkan keupayaan penyerapan
kalsium.
*** Alkohol pula boleh memusnahkan sel yang membentuk tulang. Merokok mengurangkan oestrogen, menguruskan tubuh serta membuat tubuh kurang aktif.
*** Alkohol pula boleh memusnahkan sel yang membentuk tulang. Merokok mengurangkan oestrogen, menguruskan tubuh serta membuat tubuh kurang aktif.
Apa tunggu lagi, cegahlah sebelum terlambat. Boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang OSTEMATRIX. Untuk tindak balas segera hanya watsapp di no 0132287224.
Yang berminat untuk menjadi AHLI sangat dialu-alukan. In Syaa Allah saya akan bantu untuk sama-sama kita berjaya.
Comments
Post a Comment