INDULGANCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE

Salam semua. Boring la asyik citer pasal shaklee jer..hehehe. jadi hari nie nak realease tension sikit la. Jadi nak kongsi hobi saya yang memang saya minat sejak dari sekolah lagi.BAKING..walaupun tak expert tapi untuk makan kat rumah tu boleh la.. Tapi jangan terkejut every month ada jer orang tempah tau..hikhikhik

Ok untuk hari ni saya nk kongsi Indulgance Cake tapi versi Coklat Moist plus cream cheese. Resepi ni pun saya amik dari blog jugak tapi lupa nama blog tu apa. Tq yer tuan tanah sebab bagi amik resepi tu.Dan kek ni 1st time saya buat kebetulan besday my nephew Mahirah. Walaupun rupanya agak comot tapi alhamdulillah rasanya memang best..Yummy.. Nak tengok rupa dia tak? tapi sebelum tu saya akan share dulu resepi dia k.

INDULGANCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE

Sebiji Kek Coklat Moist (saiz 8 inci) - resepi mana-mana pun boleh

Lapisan Cheese

250gm cream cheese
125gm gula castor (@ 1 cwn)
150ml UHT whipping cream
1 sudu teh gelatin
60ml air panas

Cara-cara

1) Biarkan cheese pada suhu bilik. Bila dah lembut, putar cheese hingga kembang
2) Pukul whipping cream hingga kental. Ketepikan
3) Tabur gelatin dalam air panas. Biarkan kembang. Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil. Sejukkan
4) Masukan gelatin dalam adunan cheese dan kacau sebati.
5) Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati

Chocolate Mousse

300ml whipping cream
1 sudu teh gelatin
1/2 cwn koko + 1/2 cwn susu (gaul sebati kaedah double boil)
1 sudu teh nescafe + 1 1/2 sudu air panas (pilihan)

Cara-cara

1) Putar whipping cream hingga softpeak
2) Satukan semua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan

Chocolate Ganache

150ml whipping cream
350gm dark chocolate
1 susu teh butter - dicairkan

Cara-cara

1) Panaskan whipping cream secara double  boil hingga berbuih ditepi periuk
2) Masukkan chocolate & mentega. kacau hingga cair. Sejukkan dan tuang atas kek.

CARA NAK SUSUN KEK

Kek - cream cheese - kek - chocolate mousse - kek - chocolate mousse (sapu keseluruh kek) - ganache

Ok dapat tak? kalau tak paham xjah malu-malu tanya k.. Dalam masa nak cari vitamin boleh nak try resepi ni pulak..hehehe..

Tapi kalau sesiapa nak tempah pun boleh tapi area KB jer la tau. Dan harga tu sememangnya mahal sikit la yer..Memang penat nak siapkan kek ni tapi tak per hasilnya memang best..Semua orang suka tau..Ok la stop ni dulu la.. Nati free saya update SNOWY CHEESE CAKE pula yer..Kek yang paling laris orang tempah..hihihi

Kita cuci mata tengok hasil kek tu yer..Bsday GURL tak sempat ak amik nga my phone.jadi tengok kek saja la yer..hehhehe. Selamat mencuba kepada yang nak mencuba..




SELAMAT MENCUBA !!!

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT