TEMPAT MAKAN BEST DEKAT KOTA BHARU

Sebelum nie saya pernah share Restoran kat KB yang telah menambat hati saya. KLIK disini yang tak sempat baca hari tu.

Tapi hari nie saya nak kongsi beberapa tempat makan yang best dekat Kota Bharu dan kawasan sekitar dengannya. Jadi siapa yang datang bercuti ke Kelantan boleh la cuba makanan di kedai-kedai nie.

Harga menarik makanan memang terbaik. Jom..

1) Restoran Mustakim - terletak di Mulong

Gambar nie masa my brother belanja kitaorang. Orang belanja apa lagi, order habis la..hehehe.



2) Restoran Masakan Siam - terletak dekat SSf Lundang

Masakan? Memang best sangat. Sedap dan memang selera orang Kelantan dan saya rasa selera orang Malaysia juga. The most important thing is harga memang murah.


Makanan tak sempat nak snap sebab time pergi tu lapar sangat jadi terus makan.hehhe. Nantilah kalau saya pergi lagi saya akan snap.

3) Nasi ULAM CIKGU - terletak di pusat bandar berhampiran dengan Masjid Muhammadi

Tempat nie memang terbaik. Siapa yang datang Kelantan tak sah kalau tak singgah untuk makan tengahari disini. Makan secara hidang dan anda boleh pilih apa yang anda nak makan. Boleh makan sebanyak mana yang anda mahu tapi anda perlu bayar sikit saja.

Dan tentunya yang datang sink mesti yang suka ulam-ulaman dan yang penting sos bilis (budj) orang Kelantan panggil.


Hah jadi saya harap ianya dapat membantu anda bila datang ke Kelantan nanti. Banyak lagi tempat makan yang best tau macam Nasi Abang MIE, Nasi Sup Daging Bakar dan lain-lain. Yang tu nanti saya update lepas ni k.

Selamat menjamu selera semua.

Lovely
Wan JAA

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA