RESEPI SNOW CHEESE CAKE YANG SIMPLE DAN SEDAP

Siapa peminat Cheese Cake ? Lai lai hari nie saya nak share  resepi Snow Cheese Cake. Cheese cake nie la asal saya buat untuk makan jer tapi alhamdulilah sekarang jadi sumber rezeki. Jadi saper yang memang minat gila dengan Cheese Cake ni bolehlah cuba buat sendiri. dan yang malas tu boleh sangatlah tempah dengan saya.hihihi

SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan Kek
250gm Sponge mix cake
4 biji telur
65ml air
65ml minyak masak

Bahan-bahan Cheese
250gm Cream Cheese
1/2 tin susu pekat manis ( kalau xsuka manjs boleh kurangkan)
1/2 cwn whipping cream

250gm Cheddar Parut
Strawbery, coklat chip untuk hiasan

Cara buat kek
~ Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam bekas. Mixer bahan-bahan hinggan kembang dan putih pucat. Mix dalam max speed
~ Bila dan kembang, slowkan speed masukkan minyak. Gaul guna kaedah kaup balik sehingga sebati
~ Masukkan dalam loyang yang telah di alas dengan kertas minyak san bakar selama 35 min dengan suhu 150'c .

Cara buat CHEESE
~ Masukkan semua bahan dan mixer guna max speed. Putar sehingga bahan tadi jadi sebati dan tidak berketul. (Saya biasa putar dalam 20 min)

# Setelah kek masak, sejukkan dulu sebwlum di belah 2. 
# Selepas dibelah 2 sapukan lapisan pertama dengan cream cheese tadi seterunya letak lapisan kedua. 
# Lebihan cream tadi sapukan pada permukaan kek dan seluruh kek
# Kemudian parut cheedar atas kek dan hiaslah dengan strawberi atau apa-apa yang ansa minat.
# Letak dale peti lebih kurang 2 jam dan bolehlah dimakan.


Taraa..ni dia hasil yang pernah saya buat sebelum nie tak ingat dah siapa yang order. Snow Cheese Cake yang gebu dan sedap. Hehehe

Selamat mencuba

Jangan takut nak makan Cheese Cake kerana bagi saya ia tidak mengemukkan. Tapi kalau anda rasa ianya akan mengemukkan jangan bimbang. Lepas makan SNOW CHEESE CAKE ni boleh amik Omega  biji..hehehe
 

Lovely
Wan JAA
0132287224

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA