Posts

Showing posts from 2015

KEK PELANGI YANG CANTIK MATA MEMANDANG

Image
Pertama kali dapat order Kek Pelangi @ lebih dikenali dengan nama Rainbow Cake. Pada mulanya macam tak nak ambil jer order ni tapi fikir-fikir balik takkan nak give up terus. Belum cuba belum tahukan? So maka dengan itu terhasillah kek pelangi yang cantik mata memandang yang pertama saya buat.Memang teruja sangat bila dengan lapisan warnanya yang begitu mengiurkan. hehehe Kek pelangi ni sebenarnya senang sangat cara buatnya. Bahan-bahannya pun tak susah dicari dan harganya pun berbaloi. Cuma bagi saya amat mencabar kerana dengan pembakar kek yang bersaiz kecil yang hanya muat 1 loyang saja, saya memerlukan lebih kurang 1 jam setengah untuk proses membakar saja. Yer la, setiap adunan berwarna mesti dibakar asing-asing, jadi saya terpaksa membakar sebanyak 6 kali. Tapi bila dapat lihat hasilnya, memang sangat teruja dan amat puas hati. Letih pun takper yang penting hati senang dan boleh buat customer happy. Taraaa...inilah hasilnya setelah bertungkus lumus dekat separuh har

TIPS REDAKAN ULSER MULUT DENGAN SELAMAT TANPA BERJUMPA DOKTOR

Image
Mesti ramai dikalangan kita pernah mengalami ulser mulut @ mata ikan ? Yang pernah kena tahulah betapa sakitnya kena ulser mulut tu. Ulser di bukan sahaja boleh terjadi di sekitar bibir malah ada yang terjadi pada bahagian pipi, celah gusi dan juga pada bahaagian lidah. Setiap kali kena ulser mesti ramai yang mencari tips untuk redakan ulser mulut dengan selamat tanpa berjumpa doktor. Sebenarnya banyak sebab kenapa boleh terjadinya ulser mulut ni selain dari jangkitan bakteria. Antaranya disebabkan oleh : kekurang zat makanan kekuranga waktu rehat kurang tidur kecederaan fizikal seperti tergigit bibir @ lidah  kebersihan mulut yang tidak dijaga dengan baik Dah tahukan apa sebabnya. Jadi untuk elakkan dari terkena ulser mulut atau mata ikan ni kenalah jaga kebersihan mulut terutamanya.hehehe. Tapi pada yang dah terkena tu saya ada beberapa tips untuk redakan kesakitan ulser mulut dengan selamat tanpa berjumpa Doktor pun. Silap haribulan bukan saja dapat meredakan kesakit

TESTIMONI VIVIX UNTUK PEROKOK TEGAR

Image
Dah tahu tentang Vivix dan kebaikkannya kan? Jom kita lihat apa kata pengguna Vivix dalam menangani masalah rokok yang memang dah sebati dalam jiwa perokok. Jadi kepada perokok-perokok diluar sana yang ada niat untuk berhenti merokok tu sangat-sangat disyorkan mengamalkan Vivix. Walaupun harganya mahal tapi amat berbaloi dengan kesihatan yang akan kita dapat. TESTIMONI PEROKOK YANG MENGAMALKAN VIVIX  Testimoni 1  Testimoni 2  Testimoni 3  Testimoni 4 Testimoni 5 HIDUP BEBAS TANPA ROKOK !!!! Untuk dapatkan VIVIX boleh terus hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu, di talian di bawah. Untuk yang berada di area kawasan saya, perkhidmatan COD saya tawarkan. Antara kawasan COD ialah KOTA BHARU, MULONG, KETEREH, KOK LANAS

CARA MUDAH HENTIKAN MEROKOK DENGAN SENANG DAN CEPAT SUPAYA DAPAT HIDUP DENGAN GAYA YANG LEBIH SIHAT

Image
Merokok adalah hak masing-masing. Jadi pandai-pandailah fikir, Walaupun perokok tahu ianya banyak keburukan dan banyak kesan negatif tapi tulah, mereka masih tidak dapat berhenti malah semakin hari semakin ketagih.Merokok bagi dioarang ni dah macam makan nasi. Tak makan nasi sehari pun tak per tapi rokok memang tak boleh tinggal, Maaflah saya kata tahap ketagihan mereka ni kurang sedikit dari ketagihan dadah. Nauzubillah. Kalau yang inginkan gaya hidup sihat dengan insan tersayang maka tiada alasan untuk mereka hentikan merokok dengan senang dan cepat. Walau bagaiman mesti sudah ramai yang cuba berhenti dari merokok dan sudah ramai yang berjaya. Tapi ada juga segelintir yang berhenti merokok tapi kembali semula merokok. Kalaulah mereka itu adalah ayah kita ataupun suami kita mesti rasa tertekankan? Saya Alhamdulillah suami tak merokok dan ayah pun tak merokok. Tapi bimbang sebab ramai sedara-sedara yang merokok. Paling saya tak suka mereka merokok didepan isteri dan anak-a

KEK TIRAMISU YANG SEDAP DIMAKAN MASA SEJUK

Image
Kek lagi !! hehehe . Beginilah dah memang hobi suka membaking. Dan alhamdulillah selepas Snow Cheese Cake inilah kek yang boleh dikatakan famous order by customer. SEDAP bila dimakan time sejuk. Yang pernah order dengan saya mesti asyik repeat order jer. hihihi Terima kasih to my cousin kak ima kerana resepi ni ramai yang mengemarinya. Resepi yang simple tapi rasa yang sedap amat memuaskan hati setiap yang memakannya.. Chewahhh... Jadi sebab kek nie sedap saya akan sharekan resepinya dekat sini. So siapa yang nak buat bolehlah cuba. yer la nak makan yang kedai punya mahal beb. Tapi saya punya tiramisu pernah dipuji macam secrect resepi tau..hihi..ala ala yer... Tiramisu Cake in Jar  Antara koleksi Tiramisu yang di order by customer. Jom layan resepinya . KEK TIRAMISU BAHAN-BAHAN KEK 250gm vanilla sponge mix ( guna coklat pun boleh) 4 biji telur 65ml air masak 65ml minyak masak CARA-CARA 1) Putar tepung, telur, dan air masak hingga ke

BAYI SONGSANG : TIPS UNTUK BALIKKAN BAYI SONGSANG KE KEDUDUKAN ASAL UNTUK ELAK DIBEDAH

Image
BAYI SONGSANG !  Mesti kita dikalangan ibu-ibu yang pernah mengalami situasi inikan? Amat menakutkan dan merisaukan ibu-ibu. Betul tak? Begitu jugalah saya dan situasi ini pernah saya alami ketika hamil anak kedua di mana bayi songsang 37 minggu. Pada mulanya rasa biasa dan saya tak pernah pun ambil tahu tentang bayi songsang ni. Saya buat relaks jer sampailah tiba masa nak bersalin. Baru tahu takut. hehehe Hari ini setelah 2 tahun melahirkan baby yang pernah berada songsang dalam perut ibu ni, rasa nak share dengan ibu-ibu semua. Ni pun sebab sejak dua menjak ni ramai kawan-kawan dan saudara-mara yang bercakap tentang baby mereka pun songsang. Allah takutnya mereka. Saya pun ada kawan-kawan yang tanya pendapat apa doa dan amalan yang perlu dilakukan untuk mengembalikan baby ini supaya berada dalam keadaan normal balik. Jadi hari ni saya akan share beberapa tips @ amalan yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu yang mengalami situasi ini. Mana tak takutnya mereka sebab yang selalu

BLUEBERRY CAKE UNTUK ANAK SEDARA

Image
Cuti sekolah nie banyak permintaan nak makan kek. Tempahan dari kawan-kawan pun alhamdulillah tak putus-putus lagi sepanjang cuti sekolah ni. Jadi apa lagi anak sedara yang balik bercuti pun nak rasalah. Jadi nak tak nak kena buatlah untuk diorang. Kek Coklat paling diorang suka tapi saja nak tukar selera. Yer la asyik kek coklat jer. So kali nie saya buat lain sikiy iaitu BLUEBERRY CAKE. dah lah ni first time buat untuk 4 layer dan deco guna Fresh Cream. Alhamdulillah hasilnya memang mengembirakan. Yang paling happy sebab diorang semua suka. Sebiji kek tak sampai sejam habis kena serang. Ni lah hasilnya lepas bertungkus lumus dengan puteri saya. Taraa.... BLUEBERRY CAKE Macam mana? Comel tak? Maaflah kalau deco kurang sikit. Ala paham-pahamlah budak-budak baru belajar. Kikiki.  Tapi saya amat puas hati sebab dapat siapkan sebiji kek macam tu. Dan saya nasib baik adik ipar sempat simpan 1 slice untuk rasa. Memang yummy la...hihihiK Hah inilah rupanya selepas di

Victoria Sandwich Cake Yang Gebu dan Sedap

Image
Salam semua. Jumpa lagi kita. Hari ni lagi sekali saya nak share pasal baking.. ada yang boring ker? Sorry. Tapi tula sejak dua menjak ni minat berbaking menjadi-jadi tambah pula dengan tempahan dari kawan-kawan yang tak jemu dengan air tangan saya..hihi.. Terkejut juga saya rama rupanya yang minat dengan kek saya walaupun deco tak lawa tapi Alhamdulillah dag ada peningkatan. Hehe..puji diri sendirilah sikit hari ni. Kek ni saya buat sempena besday my boy. Again my boy.hehe.. Mee kari made by my lovely mom. Tak der la. Ni sebenarnya tok bah dan mok tok yang nak buat so kena la ibu standby kek. Pikir punya pikit dapatlah kek nie. Alhamdulillah walaupun keknya garing sikit tapi bila digabungkan dengan fresh cream dan jem strawbery memang meletop..hihi Jom la kita tengok resepi VICTORIA SANDWICH CAKE. BAHAN KEK 250gm unsalted butter ( majerin pun boleh tapi rasanya kurang sedap sikit) 250gm guka kastor ( kalau tak suka manis kurangkan) 250gm tepung gandum *

Kek Choc Moist Deco with Kit Kat for My Hero Birthday - 2 Year Old

Image
Alhamdulillah sekali lagi setelah sekian lama dapat jugaku coretkan kembali blog ni yang sudah lama bersarang. Ntahlah dari hari ke sehari ada jer halangan untuk berblog.Tapi kali ni rasa kena buat juga untuk kenangan anak syurgaku.So entri ni saya nak share tentang the only prince in my life ( buat masa sekarang la.heheh) .Satu-satunya anak lelaki yang aku ada. Terima kasih Ya Allah. Kehadiran anak syurga ni memberi kebahagian kami sekeluarga. 8/8/2014 - 8/8/2015 , Alhamdulillah genap 2 tahun anak ibu. Nak tunggu tarikh tu tiba, macam-macam dah ibu survey. Yer la duk survey apa kek nak buat untuk adik, deco kek macam mana, nak buat majlis harijadi bila, kat ner. Macam- macam la. Anak ibu sebenarnya ok jer. Dia manalah tahu apa-apa tapi  ibu yang terlebih excited. Memang macam tulah setiap kali tiba hari lahir anak-anak. Kakak Afrina pun sama juga. pening ibu di buat oleh anak ibu 2 orang ni. Tapi apapun ibu sayang sama kamu dan ibu akan buat apa saya asalkan ibu dapat tengok seny

ATASI KEPUTIHAN KETIKA HAMIL SUPAYA IBU HAMIL DAPAT MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN DENGAN SELESA DAN TERSEYUM

Image
Keputihan sering berlaku kepada wanita samada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berumah tangga. Boleh dikatakan lumrah wanita akan mempunyai keputihan dan yang membezakan banyak atau sikit. Saya juga mengalaminya tetapi sekarang Alhamdulillah selepas lahir anak kedua semua mimpi ngeri tu telah hilang.   Keputihan ketika hamil mahupun dikalangan wanita biasa adalah satu perkara normal. Ini kerana ia berperanan dalam penjagaan fungsi organ pembiakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam rahim dan serviks berfungsi untuk membawa keluar bakteria dan sel-sel mati. Dan ini akan membantu organ pembiakan wanita sentiasa bersih dan mencegah serangan jangkitan. Sumber dari google    Biasa keputihan yang dialami oleh ibu hamil dikenali sebagai Leukorrhea. Ianya bersifat cair, bewarna putih susu dan bau yang tidak kuat. Ketika seseorang itu hamil, penghasilan hormon estrogen akan meningkat dimana ianya akan menyebabkan keputihan akan keluar dalam kuantiti yan

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

Image
Mesti dikalangan kita pernah gatal-gatal @ anak-anak kecil yang kena ruamkan? Biasa kalau situai macam nie apa yang anda buat? Beli krim gatal kat farmasi? Pergi jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan? Atau amalkan petua tradisional? Yang selalu amalkan petua tradisional tu alhamdulillah sebab bagi saya cara tradisional adalah yang terbaik. Tapi saya yakin ramai lagi dikalangan kita masih tidak tahu tips untuk hilangkan gatal-gatal tanpa ubat. Maksud saya secara tradisional. Jadi entri kali ini saya ingin kongsikan petua hilangkan gatal kulit supaya kulit semakin licin dan cantik. Tapi kena ingat bila cara tradisional dah cuba tapi hasilnya kurang berkesan malah bertambah teruk anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutna. Kalau ianya teruk saya amat syorkan anda berjumpa pakar.Cerita panjang la pulak hingga terlupa motif utama entri ini. Hehe. Apapun jom kita tengok beberapa tips dan cara bagi menghilangkan gatal-gatal yang boleh diamalkan o

CUTI BERSAMA HOKAIDO CUP CAKE YANG SEDAP

Image
Dah lama sebenarnya plan nak buat hokaido cup cke yang sedap ni tapi selalu jer tergendala. Resepi bukan main lama dah ada tapi masa dan kemalasan membuatkan ianya tertangguh..kikiki Apapun sebab saya memang sukankan hokaido cup cake ni saya kena buat juga. So pada 21hb Mac 2015 maka terhasillah hokaido cup cake yang sedap saya. Nampak comot tapi rasanya alhamdulillah walaupun tak gebu macam tang dijual di kedai. Mesti ada peminat hokaido juga kan? Yang rasa nak try bolehlah amik resepi ni. In Syaa Allah anda akan puas hati. Jom kita tengok resepi Hokaido Cup Cake dan hasil yang saya dapat. BAHAN-BAHAN A) 3 biji kuning telur      20gm gula castor      40ml minyak masak      40ml susu      60gm tepung gandum B) 3 putih telur      40gm gula kastor CARA-CARA 1) Kacau kuning telur hingga hancur. Masukkan gula kemudian kacau rata. Putar lagi hingga kelihatan macam mayonis. 2) Masukkan minyak dan putar lagi hingga sebati. 3) Masukkan susu dan puta lagi hingga seba

ANAK JATUH: BENJOL AKIBAT JATUH SURUT DALAM MASA 5 HARI

Image
Benda ni dah berlaku lama dah tapi tak sempat nak tulis. Pastu tiap kali nak tulis asyik lupa jer. Huhuhu. Jadi tadi duk belek-belek galeri dalam habdphone ternampak gambar hero ibu yang jatuh hari tu. Hal ni berlaku sehari sebelum Raya Cina iaitu 18hb Feb 2015. Ibu asalnya tak tahu anak jatuh sampai teruk macam tu sebab tak ada sorang pun yang bagitahu ibu.  Nak jadikan cerita petang 18hb tu suami call cakap nak pergi klinik. Dalam kepala mesti kakak demam tak kebah ni. Tapi sangkaanku salah. Rupanya suami bawa my handsome hero ke klinik akibat jatuh ketika tengah menyapu sampah. Dia ni memang rajin dan suka tiru orang. Ibu taklah terkejut sebab suami cakap sikit jer tapi terlintas juga kalau sikit takkan sampai pergi klinik. Adoi.. dan akhirnya persoalan ibu terjawab selepas sampai di rumah. Nie wajah kesayangan hamba selepas kejadian jatuh tu. Day 1 Hah mana tak terkejut mak ngko tengoh mata anak macam gitu. Tapi alhamdulillah Allah kuatkan saya. Setitik air mata pun