BAYI SONGSANG : TIPS UNTUK BALIKKAN BAYI SONGSANG KE KEDUDUKAN ASAL UNTUK ELAK DIBEDAH

BAYI SONGSANG ! 

Mesti kita dikalangan ibu-ibu yang pernah mengalami situasi inikan? Amat menakutkan dan merisaukan ibu-ibu. Betul tak? Begitu jugalah saya dan situasi ini pernah saya alami ketika hamil anak kedua di mana bayi songsang 37 minggu. Pada mulanya rasa biasa dan saya tak pernah pun ambil tahu tentang bayi songsang ni. Saya buat relaks jer sampailah tiba masa nak bersalin. Baru tahu takut. hehehe

Hari ini setelah 2 tahun melahirkan baby yang pernah berada songsang dalam perut ibu ni, rasa nak share dengan ibu-ibu semua. Ni pun sebab sejak dua menjak ni ramai kawan-kawan dan saudara-mara yang bercakap tentang baby mereka pun songsang. Allah takutnya mereka. Saya pun ada kawan-kawan yang tanya pendapat apa doa dan amalan yang perlu dilakukan untuk mengembalikan baby ini supaya berada dalam keadaan normal balik.

Jadi hari ni saya akan share beberapa tips @ amalan yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu yang mengalami situasi ini. Mana tak takutnya mereka sebab yang selalu bayi songsang dalam kandungan mesti Doktor akan lahirkan @ keluarkan baby melalui pembedahan. Pembedahan yang amat mengerikan sebab luka pembedahan yang amat dalam iaitu 7 lapis. Ngerinyerrr.... Dan kalau bersalin secara pembedahan ni satu lagi ialah penjagaan ketika berpantang. Amatlah kena hati-hati dan memang kena pantang lebih teruk dari bersalin normal. Mana taknya nak mandi pun kena lebih hati-hati supaya tempat jahitan tu tidak terkena air. 


Saya tak pernah bersalin secara pembedahan jadi saya tak tahu sangat sejauh mana kesusahan @ keremehan yang akan kita lalui ketika pantang tu. Itu pun serba sedikit tahu sebab dari cerita saudara-mara yang pernah bersalin secara pembedahan. Tetapi saya ada pengalaman dimana bayi tidak berada secara normal ketika tempoh terakhir hamil. Lebih kurang minggi ke-37 masa tu tapi Alhamdulillah bayi saya kembali ke kedudukan asal dalam masa saya nak bersalin dan dapat bersalin secara normal. Terima kasih Allah.

Jadi disini saya senaraikan beberapa tips yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu untuk membalikkan bayi ke kedudukan asal. Usaha, banyakkan sabar dan tawakkal In Syaa Allah berjaya. Dan ada di antara tips-tips ni pernah saya amalkan ketika saya dalam situasi ini.

TIPS MUDAH UNTUK BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG

Tips 1 : SOLAT HAJAT

Solat hajat amat bagus diamalkan dan ianya selalu disyorkan untuk ibu-ibu hamil bagi memudahkan proses kehamilan dan bersalin. Jadi sekiranya ada berlaku bayi songsang, amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi kembali ke kedudukan yang betul sekaligus dapat mengelak dari mendapat luka bersalin secara pembedahan.

Tips 2 : DOA

Amalkan Doa bayi songsang bagi membalikkan bayi yang songsang setiap hari. Sebaik-baiknya setiap kali menyentuh perut bacalah doa ini. In Syaa Allah dengan doa ini, kedudukan bayi songsang ini kembali kepada keadaan asal. Doa inilah yang saya amalkan dulu bersama-sama solat hajat dan Alhamdulillah bayi songsang saya kembali kepada kedudukan asal. Jadi ibu-ibu baca tau. kalau boleh hafal dan baca setiap kali kita bercakap dengan baby kita.

Bacalah doa ini dan usap lembut perut In Syaa Allah berjaya. Amin

Tips 3 : MINUM AIR SOLAT HAJAT

Minum air solat hajat juga digalakkan diamalkan setiap hari sehinggalah bayi songsang kembali ke kedudukan asal. Lebih afdal air solat hajat ini dilakukan oleh ibu bapa sendiri tapi sekiranya ada dari lain-lain pihak pun tak apa. Saya dulu banyak minum air solat hajat suami saya sendiri. Jadi kalau ibu-ibu tak larat mintalah suami yang buat. In Syaa Allah dengan air solat hajat suami Allah kembalikan bayi songsang ke kedudukan normal.

Tips 4 : BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Tips yang paling mudah saya rasa sebab setiap saat mesti kita usap perut kitakan? So masa tu bercakaplah dengan bayi kita. Mintalah bayi dalam kandungan kita tu supaya membalikkan diri beliau ke tempat asal dan pesanlah dengan dia supaya sentiasa berada elok-elok dalam perut kita. Sebaik-baiknya lakukan setiap hari dan setiap masa.

Tips 5 : BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD

Pernah dengar tak bila baby songsang mereka nasihatkan selalu berada dalam keadaan merangkak? Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada dalam posisi ibu merangkak dan posisi bersujud sekiranya bayi berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu-ibu perlulah banyak berada dalam keadaan bersujud untuk membantu bayi membalikkan dirinya ke keadaan normal. Jadi disyorkan setiap kali solat, ibu sujudlah lama supaya bayi songsang kembali ke kedudukan normal. Ini adalah tips senang bagi saya tapi malang sebab saya tak jumpa tips ini ketika berkedaan baby songsang. 


Kepada ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah bayi songsang bolehlah amalkan 5 tips di atas. In Syaa Allah dengan usaha dan kesabaran kita Allah akan makbulkan dan bayi akan kembali ke keadaan asal. Sekaligus mengelakkan ibu-ibu dari bersalin secara pembedahan.

Untuk ibu-ibu yang memerlukan SET HAMIL dan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh hubungi saya WAN JAA di talian 0139141124. Saya merupakan pengedar sah shaklee di Kota Bharu Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar KOTA BHARU, KETEREH dan KOK LANAS.



Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT