KEK TIRAMISU YANG SEDAP DIMAKAN MASA SEJUK

Kek lagi !! hehehe . Beginilah dah memang hobi suka membaking. Dan alhamdulillah selepas Snow Cheese Cake inilah kek yang boleh dikatakan famous order by customer. SEDAP bila dimakan time sejuk. Yang pernah order dengan saya mesti asyik repeat order jer. hihihi


Terima kasih to my cousin kak ima kerana resepi ni ramai yang mengemarinya. Resepi yang simple tapi rasa yang sedap amat memuaskan hati setiap yang memakannya.. Chewahhh... Jadi sebab kek nie sedap saya akan sharekan resepinya dekat sini. So siapa yang nak buat bolehlah cuba. yer la nak makan yang kedai punya mahal beb. Tapi saya punya tiramisu pernah dipuji macam secrect resepi tau..hihi..ala ala yer...



Tiramisu Cake in Jar

 Antara koleksi Tiramisu yang di order by customer.

Jom layan resepinya. KEK TIRAMISU

BAHAN-BAHAN KEK

250gm vanilla sponge mix ( guna coklat pun boleh)
4 biji telur
65ml air masak
65ml minyak masak

CARA-CARA

1) Putar tepung, telur, dan air masak hingga kembang. Guna speed paling maksimum.
2) Masukkan minyak dan putar sehingga sebati
3) Tuang dalam loyang 8 inci dan bakar selama 45 min @ sehingga masak dengan suhu 160" calcius.

BAHAN-BAHAN CHEESE

250gm cream cheese
1/2 cawan whipping cream (saya guna susu cair)
1/2 tin susu pekat manis ( kalau tak suka manis kurangkan)
1 sudu teh esen vanilla

CARA_CARA

1) Putar semua bahan sehinggan sebati dan berkrim.

BAHAN-BAHAN HIASAN

1) Secawan nescafee
2) Serbuk koko secukupnya
3) Buah strawberry @ apa-apa yang sesuai untuk deco

CARA LAPIS KEK

1) Belah kek kepada 3 lapisan.
2) Letak lapisan pertama dan sapu air bancuhan nescafee. sapukan cheese dan tabur serbuk koko.
3) Amik lapisan kedua kek dan ulang langkah tadi sehingga lapisan ketiga.
4) Lapisan ketika tutup keseluruhan kek dengan cheese, tabur serbuk koko dan hiaslah kek anda seperti mana yang anda inginkan.

Senangkan? Jadi apa tunggu lagi bolehlah bergerak sekrang ke kedai kek. Beli bahan-bahannya dan terus berbaking.

SELAMAT MENCUBA !!!!

Lovely, 
Wan Jaa
Pengedar Sah Shaklee
Kota Bharu Kelantan
0139141124




Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA