Victoria Sandwich Cake Yang Gebu dan Sedap

Salam semua. Jumpa lagi kita. Hari ni lagi sekali saya nak share pasal baking.. ada yang boring ker? Sorry. Tapi tula sejak dua menjak ni minat berbaking menjadi-jadi tambah pula dengan tempahan dari kawan-kawan yang tak jemu dengan air tangan saya..hihi..

Terkejut juga saya rama rupanya yang minat dengan kek saya walaupun deco tak lawa tapi Alhamdulillah dag ada peningkatan. Hehe..puji diri sendirilah sikit hari ni. Kek ni saya buat sempena besday my boy. Again my boy.hehe..

Mee kari made by my lovely mom.

Tak der la. Ni sebenarnya tok bah dan mok tok yang nak buat so kena la ibu standby kek. Pikir punya pikit dapatlah kek nie. Alhamdulillah walaupun keknya garing sikit tapi bila digabungkan dengan fresh cream dan jem strawbery memang meletop..hihi

Jom la kita tengok resepi VICTORIA SANDWICH CAKE.

BAHAN KEK

250gm unsalted butter ( majerin pun boleh tapi rasanya kurang sedap sikit)
250gm guka kastor ( kalau tak suka manis kurangkan)
250gm tepung gandum *
2 sd kecil baking powder*
4 biji telur
2 sd kecil ese vanila ( kalau nak guna extract vanila pun boleh tp 1 sd kecil jer)
2 sd besar susu segar

CARA-CARA

1) Putar butter dan gula kastor hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang
3) Masukkan gandum dan baking powder yg telah di ayak. Kacai sebati dengan kelajuan rendah
4) Masukkan esen vanila dan susu segar. Kacau menggunakan spatula dengan kaedah kaip balik. Bagi sebati semua.
5) Masukkan dalam loyang dan bakar selama 45min @ hingga kek masak dengan suhu 160' calcius.

BAHAN KRIM

200gm wipping cream
50gm cream cheese
2 sd besar gula ising

CARA-CARA
1) Putar cream cheese dan gula ising hingga berkrim.
2) Masukkan whipping cream dan putar hingga soft peak.

BAHAN HIASAN

Jem strawberi secukupnya
Buah strawberi secukupnya

CARA NAK HIAS KEK

1) Potong kek kepada 2 bahagian
2) Lapisan pertama sapukan krim. Lepastu susun buah strawberi dan letakkan jem strawbery
3) Letakkan lapisan kedua dan ulang step yang sama.

Dan inilah hasilnya...taraaaaaa

Nie lapisan pertama yang telah saya letak krim dan hias dengan strawbery

Victoria sandwich Cake from my version.hihihi

So yang mana terasa nak makan tu bolehlah amik resepi ni. Kalau yang tak sempat nak buat boleh jer order dengan saya tapi area tempat saya saja tau. In Syaa Allah anda akan puas hati dengan resepi nie.

Terima Kasih Semua.

Wan Jaa
0139141124
Pengedar Sah Shaklee KOTA BHARU

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA