BLUEBERRY CAKE UNTUK ANAK SEDARA
Cuti sekolah nie banyak permintaan nak makan kek. Tempahan dari kawan-kawan pun alhamdulillah tak putus-putus lagi sepanjang cuti sekolah ni. Jadi apa lagi anak sedara yang balik bercuti pun nak rasalah.
Jadi nak tak nak kena buatlah untuk diorang. Kek Coklat paling diorang suka tapi saja nak tukar selera. Yer la asyik kek coklat jer. So kali nie saya buat lain sikiy iaitu BLUEBERRY CAKE. dah lah ni first time buat untuk 4 layer dan deco guna Fresh Cream.
Alhamdulillah hasilnya memang mengembirakan. Yang paling happy sebab diorang semua suka. Sebiji kek tak sampai sejam habis kena serang. Ni lah hasilnya lepas bertungkus lumus dengan puteri saya.
Taraa.... BLUEBERRY CAKE

Macam mana? Comel tak? Maaflah kalau deco kurang sikit. Ala paham-pahamlah budak-budak baru belajar. Kikiki.
Tapi saya amat puas hati sebab dapat siapkan sebiji kek macam tu. Dan saya nasib baik adik ipar sempat simpan 1 slice untuk rasa. Memang yummy la...hihihiK
Hah inilah rupanya selepas dipotong. Hihihi.
Untuk yang nak cuba kek saya bolehlah hubungi saya ditalian.
Wan JAA
0139141124
Area Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Mulong sahaja.
Ala kenapa sedih nie? Jauh erk? No problem. yang jauh pun boleh makan Blueberry cake ni. Saya tempek resepi sini yer. Then kalau ada teringin dan ada masa free boleh la buat..
Jom kita layan resepi kek ni BLUEBERRY CAKE
BAHAN KEK
250gm vanilla sponge mix
4 biji telur
65ml air
65ml minyak jagung (saya guna minyak masak jer)
BAHAN KRIM & HIASAN
350gm whipping cream
Bluebbery jem
Starwberry sebagai hiasan
CARA-CARA
1) Putar sponge mix , telur dan air sehingga kembang
2) Masukkan minyak dan teruskan putar hingga sebati.
3) Tuangkan dalam loyang (saya guna saiz 8 inci) dan pakai selama 40 min @ hingga kek masak dengan suhu 160' calcius.
4) Dalam mangkuk lain putar whipping cream hingga soft peak. (soft peak maksudnya bertanduk. Kalau diterbalikkan mangkuk krim tu tak jatuh)
5) Potong kek kepada 3 @ 4 lapisan. Sapukan krim dan letakkan blueberry jem. Kemudian letak lapisan kedua dan ulang langkah yang sama.
6) Sehingga lapisan terakhir sapukan semua krim keseluruh kek dan hiaslah mengikut citarasa anda.
*** Saya tak guna air sapuan lemon ke atas kek sebab saya dan family tak suka rasa lemon. Tapi kalau anda nak boleh masukkan cuma resepinya saya tiada....hehehe. Apapun yang ini pun sudah sedap dan mengancam..
Selamat Mencuba !!!!!!
Comments
Post a Comment