CUTI BERSAMA HOKAIDO CUP CAKE YANG SEDAP

Dah lama sebenarnya plan nak buat hokaido cup cke yang sedap ni tapi selalu jer tergendala. Resepi bukan main lama dah ada tapi masa dan kemalasan membuatkan ianya tertangguh..kikiki

Apapun sebab saya memang sukankan hokaido cup cake ni saya kena buat juga. So pada 21hb Mac 2015 maka terhasillah hokaido cup cake yang sedap saya. Nampak comot tapi rasanya alhamdulillah walaupun tak gebu macam tang dijual di kedai. Mesti ada peminat hokaido juga kan? Yang rasa nak try bolehlah amik resepi ni. In Syaa Allah anda akan puas hati.

Jom kita tengok resepi Hokaido Cup Cake dan hasil yang saya dapat.

BAHAN-BAHAN

A) 3 biji kuning telur
     20gm gula castor
     40ml minyak masak
     40ml susu
     60gm tepung gandum

B) 3 putih telur
     40gm gula kastor

CARA-CARA

1) Kacau kuning telur hingga hancur. Masukkan gula kemudian kacau rata. Putar lagi hingga kelihatan macam mayonis.

2) Masukkan minyak dan putar lagi hingga sebati.

3) Masukkan susu dan puta lagi hingga sebati.

4) Masukkan tepung gandum yang diayak terlebih dahulu ke dalam adunan. Kacau rata guna whisk saja.

5) Dalam bekas lain masukkan 1/2 gula dalam putih telur.Putar hingga adunan menjadi soft peak. Kemudian masukkan balance gula tadi dan putar hingga soft peak.

6) Masukkan 3/4 adunan putih telur td ke dalan kuning telur. Kacau rata guna whisk sahaja.

7) Kemudian masukkan bal tadi kacau guna spatula hingga sebati.

8) Tuang dalam cup 3/4 dan bakar selama 20-25 min dengan suhu 170'C.

Utk Kastard Krim, BAHAN-BAHAN:-

1sdb tepung gandum
1 sdb tepung jagung
40 gm guka kastor
200ml susu segar
2 biji kuning telur
15gm butter
Setitik esen vanila @ secukupnya

CARA-CARA

1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dalam bowl. Kacau sebati guna whisk.
2) Masukkan separuh susu kemudian kacau dgn whisk, kemudian masukkan baki susu. Kacau rata.
3) Masukkan kuning telur dan kacau rata
4) Tapis dalan periuk. Masukkan butter kemudian letak atas api yang sederhana
5) Kacau hingga adunan likat dan berkrim
6) Masukkan vanila esen dan kacau rata. Sejukkan dan picitkan dalam kek.

Taraa....dan inilah hasilnya. Sekejap jer dapat tengok lepas tu habis dingap oleh putera puteriku.



Apa lago yang dah lama tunggu nak buat bolehlah buat. Gerenti puas hatilah. Yang nak makan tapi macam tak larat nak buat, hah meh la order dengan saya.

Kawasan COD Kok lanas, Ketereh, Wakaf Bharu dan KB saja tau..hihihi

Wan jaa
0139141124
#pengedarShakleeKotaBharu#


Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT