KEK PELANGI YANG CANTIK MATA MEMANDANG

Pertama kali dapat order Kek Pelangi @ lebih dikenali dengan nama Rainbow Cake. Pada mulanya macam tak nak ambil jer order ni tapi fikir-fikir balik takkan nak give up terus. Belum cuba belum tahukan? So maka dengan itu terhasillah kek pelangi yang cantik mata memandang yang pertama saya buat.Memang teruja sangat bila dengan lapisan warnanya yang begitu mengiurkan. hehehe

RAINBOW CAKE

Kek pelangi ni sebenarnya senang sangat cara buatnya. Bahan-bahannya pun tak susah dicari dan harganya pun berbaloi. Cuma bagi saya amat mencabar kerana dengan pembakar kek yang bersaiz kecil yang hanya muat 1 loyang saja, saya memerlukan lebih kurang 1 jam setengah untuk proses membakar saja. Yer la, setiap adunan berwarna mesti dibakar asing-asing, jadi saya terpaksa membakar sebanyak 6 kali.

Tapi bila dapat lihat hasilnya, memang sangat teruja dan amat puas hati. Letih pun takper yang penting hati senang dan boleh buat customer happy.

Taraaa...inilah hasilnya setelah bertungkus lumus dekat separuh hari..

RAINBOW CAKE

Tak terliur ker? Tengok jer la lapisan pelangi ni. Sangat menarikkan? walaupun warnanya tidak mengikut susunan pelanginyer..hihi..Saya lupa dia punya susunan warnanya jadi pakai hentam jer.

Patutlah harga Rainbow Cake di mahal yer. Sebab masa dan kesabaran si pembuat amat diperlukan.Bila dah buat baru tahukan. So untuk yang nak makan tapi rasa mahal nak order, just follow the recipe then make it.hihihi.

Jom kita tengok resepi KEK PELANGI YANG CANTIK MATA MEMANDANG ni. Mana tahu dapat membantu.

BAHAN BAHAN

3 cwn tepung gandum *
3 sdkecil baking powder *
1 cwn gula kastor
5  biji telur
250gm butter
11/2 cwn susu segar @ susu cair
2 sdkecil esen vanilla
perwarna secukupnya (merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu)

BAHAN TOPING (yang saya gunakan dlm kek pelangi ni)

300 ml fresh cream (lebihkan sekiranya ingin buat deco )

TOPING CREAM CHEESE

500gm cream cheese
220gm gula kastor ( boleh kurangkan sekiranya tak suka manis)
220gm krim putar


CARA CARA

1) Panaskan oven 180'c 15min sebelum membakar.
2) Putar butter bersama gula kastor sehingga kembang dan putih. Kemudian masukkan telur satu persatu.Putar lagi hingga sebati 
3) Masukkan esen vanilla dan teruskan putar supaya ianya sebati
4) Masukkan tepung yang telah diayak * berselang seli dengan susu segar dan berkahir dengan tepung. ( tepung,susu,tepung,susu,tepung)
5. Bahagikan kepada 6 bahagian dan masukkan pewarna. 
6. Bakar selama 15 hingga 20 min @ sehingga kek masak

7. Putar Fresh cream sehingga kental dan bertanduk. Sedia untuk di lapis pada kek. Dan bolehlah deco ikut kretiviti masing masing.

SELAMAT MENCUBA !!!

p/s : Lepas makan kek kalau rasa badan macam dah naik jangan bimbang tau. Boleh hubungi saya untuk dapatka supplement kurus anda..hihihi

Saya juga merupakan pengedar sah Shaklee Kota Bharu.


Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT