GOUT, ATASI DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Apa itu Penyakit GOUT ?


Istilah Gout adalah berasal dari perkataan Latin iaitu "Gutta" yang bermaksud "Setitis". Penyakit gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi. Penyakit gout biasa dikaitkan dengan faktor usia, darah tinggi kronik, obesiti, kerosakan ginjal, karang ginjal dan kencing manis. Dan ianya biasa akan menjejaskan satu sendi kursusnya ibu jari kaki.Tapi bagi yang gout kronik ada yang menyerang sendi tubuh. Penyakit gout juga boleh dikategorikan sebagai penyakit sendi.

Sakitnya..Seksa rasanya bila diserang sakit gout nie. Tapi hanya mereka yang pernah dan sedang alami penyakit ni sahaja yang dapat merasainya. Nak bergerak, nak bangun tidur dan nak solat. Fuhh memang sakit la. Jadi yang mana ada ahli keluarga yang sakit gout bantulah mereka. Bahaya gout juga perlu diambil kira. Jom kita tengok Cara bagaimana nak bantu mereka yang terkena penyakit gout ni.



Macam mana terjadinya Penyakit Gout ?

Penyakit gout terjadi apabila kandungan asid urik yang tinggi dalam darah dan membentuk kristal seterusnya berkumpul dibahagian sendi. Asid urik merupakan bahan kumuh protin jenis purina. Makanan yang mengandungi tinggi purina adalah Organ (hati), daging merah,kekacang dan alkohol.

Penyelesaian Bagi PENYAKIT GOUT

# Perlu mengamalkan DIET yang sihat. Antara diet yang sihat ialah :-

1. Buah-buahan Segar - Amat disarankan mengambil buah-buahan segar seperti ceri dan strawberi yang mengandungi antioksidan yang tinggi bagi melawan radikal bebas.

2.    Sayur - sayuran segar

3. Pengambilan air yang cukup untuk mengelakkan tubuh dari kekurangan air. Pengambilan air yang banyak akan merendahkan paras asid urik melalui pembuangan air kencing.

4. Mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C & B Complex.

5. Elakkan dari mengambil makanan yang tinggi purina seperti kekacang, daging,cendawan, bayam, kubis bunga dan asparagus.

# Mengekalkan Berat Badan yang sihat

# Tidur yang cukup setiap hari untuk elak Tekanan

# Elak dari menggunakan ASPIRIN & DIURETIK kerana ubat ini akan menyingkirkan air dalam badan sedangkan penyakit gout memerlukan air yang banyak dalam badan.

# Jumpa Doktor dan dapatkan Nasihat doktor terlebih dahulu.

Penyelesain Penyakit GOUT dengan VITAMIN SHAKLEE

1. VIVIX - Memberi impak 4 mekanisme utama selular. Vivix mengandungi tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas.

2. ALFALFA - Menurunkan tahap asid urik salam darah.

3. B COMPLEX - Mengandungi Asid Folik dimana asid folik penting untuk metabolisme nukleoprotin.

4. OMEGA GUARD - anti radang dan mengelakkan bengkak yang teruk.

5. VITAMIN C & E - Untuk menurunkan asid serum dan memberi tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas dari merosakkan sel tubuh.

6. PERFORMANCE DRINK - Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelak dari berlaku dehidrasi. 

Untuk yang ada penyakit gout ni kenalah cepat-cepat amik tindakan. Jangan dibiarkan sahaja sebab nanti anda akan menanggung sakitnya.  Sesiapa yang nak cuba vitamin gout a.k.a vitamin sendi ni boleh la hubungi saya JAA. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu dan juga Pengedar Shaklee Kok Lanas.

Hubungi saya sekarang untuk masalah gout anda.










Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT