SIAPA DR FORREST C. SHAKLEE ?

Mesti ramai yang dah familiar dengan Shaklee kan? Produk Shaklee pun dah glamour sekarang ni. Dari anak-anak hinggalah atuk-atuk, semua dah kenal Shaklee. Tapi saya pasti ramai yang belum kenal pengasas Shaklee yang sebenar kan? Ok dalam entry ni nanti saya akan kenalkan siapakah sebenarnya pengasas produk Shaklee yang kita banggakan tu.



✔ Dr. Forrest C. SHAKLEE dilahirkan pada bulan November 1894. Siapa punya kelahiran yang sama dengan Dr. Forrest? Tentunya Sultan Kelantan kita la yer. Yang punya bulan kelahiran yang sama. Sultan yang berjiwa rakyat. Ok la balik pada Dr. Forrest. 

✔ Beliau dilahirkan dengan penyakit batuk kering dan semua doktor bersetuju yang beliau mungkin tidak dapat hidup lama. Tetapi kepercayaan ibu bapa beliau menyatakan bahawa Dr. Forrest boleh sihat dengan mengamalkan hasil semulajadi, maka mereka berpindah ke utara dimana kawasan tersebut mempunyai tanah subur yang boleh menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti.

✔ Dr. Shaklee berkata peningkatan kesihatan beliau bukanlah 1 perkara ajaib seperti yang diperkatakan oleh sesetengah orang, beliau berkata ianya berlaku perlahan tetapi ianya pasti sembuh. Pada usianya yanh masih muda, beliau mula memahami bahawa kesihatan yang sempurna berkait rapat dengan pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan juga senaman.

✔ Dr. Shaklee membuka pusat pertama beliau di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Dr. Shaklee bercakap kepada pesakit tentang diet mereka, dimana perkara tersebut amatlah luar biasa pada masa itu dan beliau telah mencipta diari pemakanan yang terperinci untuk memantau kemajuan pesakit.

✔ Produk pertama Dr. Shaklee adalah "MINERAL VITALIZED" yang dikeluarkan pada tahun 1915. Beliau mengasingkan sebatian semulajadi daripada sayur-sayur untuk dinilai mineral mereka. Beliau telah disertai oleh ahli Biokimia Polland muda Casimir Funk pada tahun yang sama dan mereka terus berhubung. Sebatian yang dihasilkan beliau dipanggil "Vitamin" dan ini adalah penggunaan pertama perkataan vitamin di dunia.



✔ Dr. Shaklee adalah chiropractor yang pergi melalu sekolah dengan rakan, beliau BJ Palmer, bapa penjaga kiropraktik. Dr. Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia, falsafah dan ketuhanan.

✔ Pada tahun 1924, Dr. Shaklee telah membina pusat penjagaan kesihatan yang lengkap dengan kakitangan kiropraktor, osteopaths, doktor, pengamal dan juga pakar bedah. Untuk pertama kalinya rumusan makanan tambahan Dr. Shaklee telah dibungkua san diedarkan.

✔ Pada tahun 1928, beliau membangunkan regimen diet yang wajar yang beliau cadangkan kepada semua pesakit. Diet ini adalah yang sama dengan piramid Panduan Makanan yang kini disyorkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dengan penekanan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dan diminimumkan lemak dan gula.

✔ Beliau mengamalkan kiroptraktik sehingga umur 65 tahun. Kemudian beliau melancarkan Perbadanan Shaklee untuk memasarkan produk Shaklee dimana belaiu telah menghabiskan hayatnya membangunkan produk tersebut. Impianya adalah untuk berkongsi produk dan kesihatan yang lebih baik dengan dunia.

✔ Pada tahun 1955, beliau menyatakan hasrat kepada 2 anaknya Forrest Jr dan Lee tentang keinginan beliau untuk merubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan. Beliau ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan. 

✔ Pada tanggal 1 April 1956, Shalee Corporation telah ditubuhkan untuk memberi makanan yang terbaik di dunia. Melalui kajian, pengalaman dan pengetahuan inilah bermulanya jalan langsung produk Shaklee untuk pendidik pengguna tentang pemakanan tambahan semulajadi. 



Dan sekarang menjadi kamj Pengedar Sah Shaklee untuk menyebarkan kebaikan Vitamin Semulajadi yang diasaskan oleh lelaki hebat ini. Saya dah amalakan Vitamin Semulajadi ini dah banyak kebaikan yang telah saya dapat. Dan sekarang saya nak sebarkan dan nak bantu mereka yang amat mementingkan kesihatan.

Hubungi saya Pengedar Shaklee anda. Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh terus hubungi saya.








Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA