PERCUTIAN BAGET DI KUALA TERENGGANU

Anak-anak dah bising bertanya bila nak pergi hotel lagi? Bila nak pergi bercuti kat terengganu ibu? Fuhh penat ibu nak menjawabnya. In Syaa Allah ada rezeki nanti kita pergi.

Saya biasa buat percutian baget jer. Dan tempat yang biasa saya bawak anak-anak ialah Terengganu. Boleh katakan tiap tahun ada percutian melawat Terengganu. Sebab tu la saya panggil percutian baget keluarga di Terengganu.hehe

Kali ni saya nak kongsi Percutian kami bulan 9 tahun lepas. Dah setahun dah pun. hehe. Tapi takper mungkin boleh memberi inspirasi pada korang yang nak bawak anak-anak bercuti nanti.


Kami menginap di Regency Hotel Kuala Terengganu. Hotel ni bersebelahan dengan Masjid Terapung Kuala Terengganu. Harga bilik memang murah. Time tu saya dapat harga RM130 semalaman. Bilik memang luas sesuai la untuk yang anak 3 macam saya ni. Korang boleh search Trivago @ booking.com @ mana-mana untuk compare harga dulu. Saya dapat harga termurah dari trivago time tu.

Anak-anak paling suka sebab macam-macam aktiviti boleh buat. Sebelum kami check in, kami berehat dan makan-makan dekat tepi pantai area Masjid terapung. Situ macam-macam gerai ada dan yang paling anak-anak suka situ ada taman. Sementara tuggu baba siap solat jumaat saya layan anak-anak dekat taman tu dulu.

Sorry gerai tak sempat nak snap. Ni antara lawasan sekitar Masjid terapung Kuala Terengganu.
Taman permainan berhampiran Masjid Terapung Terangganu

Belakang tulah Masjid terapung

Yang bestnyer hotel ni sebelah dengan tempat orang berlawan KUDA POLO tau. TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT (TER) nama resort tersebut. Korang yang nak tunggang kuda pun boleh. Bayaran tak silap saya rm10 15min. Anak2 saya semua takut. Baba ajak naik taknak. Siap lari naik kereta balik. hehe.

Komplek sukan Terengganu. kredit: google

Lepas check in macam biasa la anak-anak teruja nak mandi kolam. Oh yer kolam dia kena jalan sikit sebab dia share kolam dengan Kompleks Sukan Terengganu. Kolam besar dan memang sesuai untuk anak-anak cuma bila petang menjelma memang ramai gila orang sebab dia open untuk orang luar. Nak nak time tu saya pergi pada hujung minggu. Memang ramai gila. Apapun yang penting anak-anak puas hati.




Selesai anak barulah boleh keluar jalan-jalan. Kami jalan tepi pantai jer pastu mencari tempat makan malam. Cik somi jenis cerewet so susah sikit nak cari tempat makan. Last jumpa dekat area marang. Alhamdulillah makanan puas hati. Harga pun berpatutan. Lepas makan terus balik hotel. Letih semuanya dan anak-anak memang terlena atas kereta lagi.


Sementaa tunggu makanan sampai sempat lagi 2 beranak tu ambil udara pantai sambil tengok cantiknya ciptaan Allah.

Day 2

Bila sampai di Terengganu tak sah kalau tak makan nasi dagang Terengganu. Saya suka nasi dagang jadi memang tiap kali datang mesti cari. Alhamdulillah jumpa tempat baru. Tapi lupa gak nak snap gambar kedai nasi dagang tu. Tapi memang puas hati orang pun ramai. Kedai dia dekat jer dari hotel kami berhampiran dengan masjid yang bewarna putih. Sorry ye lupa nak snap picture.

Nasi dagang Terengganu

Disini la tempat untuk siapa yang nak tunggang kuda. Jangan takut sebab ada penjaga yang akan bawa kita. Lepas makan nasi dagang, cik somi stop lagi sekali dekat sini tapi anak-anak still takut. Jadi kami 3 beranak duk dale kereta, baba jer yang turun..hehehe


Sempat singgah dekat pertandingan kucing yang diadakan dekat Komple Sukan Terenggan yang  berada depan hotel kami. Anak laki saya memang suka kucing jadi nak tak nak kena masuk juga walaupun sekejap. Sebelum check out pusing-pusing dalam pameran tu dulu. Macam-macam jenia kucing ada.

Tahun ni tak singgah dekat Pasar Payang sebab tiap tahun singgah. Cik somi cakap tak perlu singgah tahun ni. Jadi sebelum check in cik somi bawak p jalan-jalan area jeti. Tengok bot ikan yang baru sampai.

Posing depan hotel sebelum gerak balik
Jeti ikan. Tempat dikenal pasti

Last tempat kami singgah makan sotong udang ikan celup tepung dekat tempat viral tu. Area Pantai Penarik. Kami tak stop dekat restoran viral tu sebab terlalu ramai tapi kami singgah sebelah kedai viral iaitu Restoran Ombak Pantai. Alhamdulillah ok juga makanannya. Makanan tak sempat nak snap gambar sebab bila smpai jer terus ngap..hehe. Sempat ambil gambar anak-anak posing jer.


Selesai semua kami solat zohor dekat penarik dan terus pulang ke rumah. Alhamdulillah percutian baget kami berjalan dengan lancar. Yang penting anak-anak suka. In Syaa Allah next post saya akan share tempat percutian kami seterunya. Semoga boleh memberi manfaat pada semua.

JAA - Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu
SID:932441
Tel: 0139141124
FB: Wan Nurhasliza Wan Taib
Ig: vitamincantik_shakleeketereh

Comments

  1. Kak feni dah lama tak pergi Terengganu. Pantai yang sentiasa cantik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT