PETUA DAN DOA UNTUK ANAK DEGIL
Assalamualaikum semua dan salam Februari. Dah masuk bulan ke-2 kita untuk tahun 2015. Maksudnya dah 1 bulan anak-anak kita bersekolah setelah macam-macam ujian yang telah dilalui. Untuk rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir amatlah sukar untuk anak-anak memulakan persekolahan. Tapi alhamdulillah semuanua berjalan baik.
Mesti ramai ibu bapa yang alami masalah dengan anak-anak yang macam perangai. Ada yag tak nak pergi sekolah, ada yang kena tunggu dekat sekolah. Macam-macamlah. Begitu juga my puteri. Minggu pertama problem sikit tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Jadi hari ni saya nak kongsi beberapa petua dan doa untuk kita sebagai ibu bapa amalkan supaya anak-anak menjadi insan soleh dan solehah dunia dan akhirat. Petua dan doa untuk anak degil akan saya kongsi hari ni.
Wajah sayu kesayangan hamba di hari kedua persekolah
Seelok-eloknya diamalkan setiap hari sebelum anak-anak ke sekolah. Antara petua dan doa untuk anak degil ialah:-
1) Setiap pagi selepas siapkan mereka, anda (ibu/bapa) berdiri dibelakang mereka dan keduanya mesti mengadap kiblat.
2) Letakkan kedua-dua telapak tangan yang dirapatkan tanpa menyentuh kepala anak. Jarak adalah lebih kurang 1 inci dari rambut.
3) Baca surah Al-Fatihah dan Alam-Nash-Rah hingga habis.
4) Niat dalam hati memohon pada Allah " Ya Allah permudahkan urusan anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hatinya, lembutkan hatinya dan ditetapkan imannya dan aku mohon anak aku ini mendengar kata/cakap ibu bapanya ".
5) Selepas tu kucup dahi anak dan biarkan dia pergi sekolah.
Untuk pengetahuan semua, telapak tangan ibu/bapa ada aura tersendiri jadi jangan lepaskan peluang. Gunalah yang terbaik untuk anak-anak.Semoga anak-anak kita menjadi insan terbaik disisiNYA. Ibu bapa yang ada anak degil dan malas bolehlah cuba doa dan amalan ni.In Syaa Allah anak akan berubah.
Dan sebagai anak pula, jangan lupa doa anak untuk ibu bapa pula. Kita perlu senentiasa mendoakan ibu bapa kita. Supaya mereka sentiasa sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur supaya dapat terus beribadah padaNYA yang aatu. AMIN
Yang mana masih tak tahu doa untuk ibu bapa, boleh amik dari sini. Jom amalkan doa ini sebagai rutin harian kita. Selepas solat 5 waktu, hadiahkan Al-Fatihah untuk mereka dan bacakan doa ini.
Jom pakat amalkan petua dan doa untuk anak degil supaya anak kita mudah dengar cakapdan dapat belajar dengan baik.
LOVELY,
Wan Jaa
0139141124
Comments
Post a Comment