FAMILY BESTFRIEND HOLIDAY : MANOR BEACH RESORT TERENGGANU

Selamat bertemu kembali. Hari ni malas nak citer pasal Shaklee. Nanti awak-awak boring.hehehe.Jadi hari ni saya nak cerita tentang percutian best. Pasti bila dah baca anda akan terus google tempat nie.hihihi.

Percutian ni memang sudah dirancang. Ini adalah trip tahunan kami (saya dan my Bff). Sepatutnya kami 3 keluarga akan bercuti tapi 1 of my bff, Nik tak dapat join sebab anaknya baru keluar wad. Maka hanya kami berdua sahaja yang pergi. Walaupun berdua tetapi ditemani suami dan anak-anak, percutian ini menjadi lebih seronok. Anak-anaklah paling gembira. Mana taknya dapat main kolam. Seronok la..

Hah saya tak cakap lagi ker tempat dia? Hihihi..sori-sori. Panjang lebar punya cerita tapi tempat masih tak bagitahu. Ok la percutian kami tu ialah di Chalet Manor Beach Resort Besut Terengganu 
Abaikan putera dan puteri saya yer.Masing-masing taknak bergambar.hihi 

Siapa pernah datang sini diorang mesti tahu best ker tak best. Bagi saya memang best. Amat sesuai untuk relaks bersama keluarga. Kawasan dia amat mendamaikan. Kawasan chalet yang dikelilingi taman amat sesuai untuk relaks dan bulan madu.hihi. Chalet pun besar. Memang sesuai untuk family yang ramai. 


 Suasana damai macam di Kampung

Tempat rehat untuk bersantai pun ada

Chalet -  katil queen tau

Teruja tak tengok gambar tu? Hah apa lagi ambil telefon dan hubungi la Manor Beach Resort di talian 096950290. Hah siap promote lagi tu.best sangat tu yang saya rekemen tu.

Untuk anak-anak pun tak dilepaskan peluang. Cuma kolam dia jer la kecil. Sesuai untuk ibu bapa mandi sekali. Tapi bagi anak-anak kami diorang tetap enjoy walaupun kolam kanak-kanak kecil.

Ni nak citer seronak tak seronok anak-anak kami. Masuk kolam kul 3 petang kul 5.30 pun taknak naik lagi. Aduh penat ibu melayan. Tambah-tambah pulak main kolam ada geng lagi la. Yang kecik saya pun boleh tahan main air sampai nangis-nangis nak naik.

 Time mandi manda

 Happynyer kakak

 Sikecik pun bukan main lagi.hihi

Dah anak-anak happy ibu apa lagi senyum seoranglah melihat gelagat anak-anak syurga ni. Kami berada di situ semalaman jer. Pagi sabtu sebelum sarapan kami jalan-jalam tepi pantai dn lepas sarapan apa lagi teman anak-anak mandi kolam pula.

Cantikkan mereka? Ni tengah tunggu green light nak p mandi kolam la ni. Hihi

Apa lagi erk nak citer? Rasa dah panjang dah. Kalau nak panjang lagi anda kena pergi sendirilah. Nanti anda tahulah best ke tak best.

ok lah next trip saya akan kongsi lagi k.

Lovely,
Wan Jaa
0139141124

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu


Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT