KEK TIRAMISU GEBU DAN SEDAP UNTUK ABAH

Assalamualaikum. Akhirnya berkesempatan juga menyambung blog yang dah hampir 3 minggu bersarang. Sibuk dengan banjir ramai family yang terkena banjir. Alhamdulillah walaupun diuji sebegini keluarga kami masih tabah menghadapinya. Dan inilah hasil baking saya yang pertama selepas banjir. Khas untuk Abah. Kek Tiramisu gebu dan sedap. Yummy...

Kek tiramisu nie memang special sebab pertama kali buat dan ianya khas untuk abah. Yang memang minat kek tiramisu ni bolehlah cuba. Alhamdulillah walaupun deco tak cantik tapi dah ada yang puji macam secret recepi tau. Kek tu tak yah katalah memang licin sekejap jer. Hehehe...

Kek Tiramisu
Besday Abah 10 Jan 2015

Sepatutnya hari ni hari lahir abah tapi sebab semalam, Jumaat semua ada jadi kami sambut besday abah semalam. Walaupun dah lanjut usia tapi abah happy dengan anak cucunya yang 3 orang tu. Sunyi rumah kalau saya tak balik kampung. Masa nak potong kek mereka last sibuk yang nak potong. Last-last tok bah terpaksa mengalah. Apa lagi kek tiramisu gebu dan sedap akhirnya dipotong oleh 3 orang..hehehe


 Si kecik pun sibuk bila time amik gambar

Selamat Hari Lahir Abah. Semoga panjang umut, sihat selalu disamping anak cucu dan dimurahkan rezekI. AMIN.

Hah ada yang nak resepi KEK TIRAMISU gebu dan sedap saya ker? Jom layan resepi di bawah.

BAHAN-BAHAN

Kek Span 1 biji ( belah kepada 3 layer)

250gm cream cheese
250gm whipping cream
150gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila

** mixer semua bahan di atas sehingga sebati san lembut

1 cwn air dicampur 1 sudu teh nescafee
Serbuk koko secekupnya

Cara-cara susun dan hias kek.

1) Letakkan lapisan pertama. Tuangkan air nescafee tadi ke seluruh kek. Layerkan cheese dan taburkan serbuk koko secukupnya.

2) Selepas siap lapisan pertama letak kek lapisan kedua. Ikut STEP 1 buat sehingga habis layer ketiga.

3) Bila siap semua bolehlah deko mengikut kreativiti masing-masing. 

SELAMAT MENCUBA. 

Jangan bimbang akan Cheese yang terdapat dalam Kek Tiramisu Gebu dan Sedap tu sebab ianya takkan mengemukkan. Tapi kalau anda bimbang gemuk amalkan supplement Shaklee iaitu SET SLIM SHAKLEE. Boleh dapatkan dengan saya kerana saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu.

Yang duk di area Kota Bharu, Mulong, Kok Lanas, yang suka kek ni tapi malas nak buat boleh roger saya dan tempah dengan saya. Saya menerima tempahan kek. Terima kasih

Wan JAA
0139141124


Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN GATAL KULIT SUPAYA LEBIH LICIN DAN CANTIK

3 CARA ATASI MASALAH KENTUT VAGINA DENGAN SELAMAT

KENAPA BISUL KERAP TIMBUL. APAKAH BAHAYA BISUL PADA KAWASAN VAGINA