KEK PELANGI YANG CANTIK MATA MEMANDANG
Pertama kali dapat order Kek Pelangi @ lebih dikenali dengan nama Rainbow Cake. Pada mulanya macam tak nak ambil jer order ni tapi fikir-fikir balik takkan nak give up terus. Belum cuba belum tahukan? So maka dengan itu terhasillah kek pelangi yang cantik mata memandang yang pertama saya buat.Memang teruja sangat bila dengan lapisan warnanya yang begitu mengiurkan. hehehe Kek pelangi ni sebenarnya senang sangat cara buatnya. Bahan-bahannya pun tak susah dicari dan harganya pun berbaloi. Cuma bagi saya amat mencabar kerana dengan pembakar kek yang bersaiz kecil yang hanya muat 1 loyang saja, saya memerlukan lebih kurang 1 jam setengah untuk proses membakar saja. Yer la, setiap adunan berwarna mesti dibakar asing-asing, jadi saya terpaksa membakar sebanyak 6 kali. Tapi bila dapat lihat hasilnya, memang sangat teruja dan amat puas hati. Letih pun takper yang penting hati senang dan boleh buat customer happy. Taraaa...inilah hasilnya setelah bertungkus lumus dekat separuh har