ATASI KEPUTIHAN KETIKA HAMIL SUPAYA IBU HAMIL DAPAT MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN DENGAN SELESA DAN TERSEYUM
Keputihan sering berlaku kepada wanita samada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berumah tangga. Boleh dikatakan lumrah wanita akan mempunyai keputihan dan yang membezakan banyak atau sikit. Saya juga mengalaminya tetapi sekarang Alhamdulillah selepas lahir anak kedua semua mimpi ngeri tu telah hilang. Keputihan ketika hamil mahupun dikalangan wanita biasa adalah satu perkara normal. Ini kerana ia berperanan dalam penjagaan fungsi organ pembiakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam rahim dan serviks berfungsi untuk membawa keluar bakteria dan sel-sel mati. Dan ini akan membantu organ pembiakan wanita sentiasa bersih dan mencegah serangan jangkitan. Sumber dari google Biasa keputihan yang dialami oleh ibu hamil dikenali sebagai Leukorrhea. Ianya bersifat cair, bewarna putih susu dan bau yang tidak kuat. Ketika seseorang itu hamil, penghasilan hormon estrogen akan meningkat dimana ianya akan menyebabkan keputihan akan keluar dalam kuantiti yan